GLAM (Malaysia)

BENDA BAIK AMBIL MASA

- NARS ORGASM PALETTE DIPTYQUE EAU RIHLA DIOR LIP GLOW PENGARAH KREATIF

“Great things take time” , rasanya frasa itu bukanlah baru- baru ini kita dengar. Saya secara peribadiny­a memang percaya kepada prinsip itu. Tidak kiralah dalam apa hal sekalipun, sama ada dalam bekerja, belajar ataupun perhubunga­n, bila kita ambil masa untuk berfi kir ( bukan melengah- lengahkan masa ya), memahami dan teliti, apa sahaja yang kita kerjakan itu mesti bagus hasilnya. Jika tidak semegah atau selumayan mana pengakhira­nnya saya percaya ada banyak hal yang kita belajar sepanjang proses itu.

Begitu jugalah dalam menjaga kecantikan dan kesihatan. Saya percaya bila kita ambil masa dan menjaganya dari awal, kita akan dapat nikmati hasilnya di suatu masa kelak. Kita menjaga kulit di usia muda bukanlah semata- mata untuk cantik hari ini sahaja, tapi untuk dinikmati pada usia senja. Memakai krim tabir suria misalnya memang sudah disarankan sejak belasan t ahun kerana kesan pigmentasi hanya akan muncul pada usia melepasi 30- an, dan ketika itu mungkin agak terlewat untuk merawatnya. Memudarkan kesan pigmentasi tidak mudah ya. Saya sudah k e nal r amai VVIP yang punya masalah pigmentasi, biarpun berkepuk duitnya dan bermacam r awatan dijalani, t iada satu pun yang benar- benar menjadi. Begitu juga dengan krim mata, jika rajin mengolesny­a pada usia muda, maka lewatlah garis- garis halus atau kedut muncul di situ. Namun hendak cantik ramai yang tidak sabar. Hari ini lebih ramai memilih melakukan rawatan atau pembedahan kosmetik sebagai jalan pintas untuk memenuhi impian mereka. Tidak salah, kerana pilihan di tangan masing- masing, namun yang menjadi masalah apabila melakukan prosedur ini tanpa pemahaman yang tepat. Ada juga yang melakukann­ya kerana harga murah dan terpengaru­h dengan apa yang lalu di garis masa media sosial. Lagi satu, melakukan prosedur kecantikan sebegini perlukan wang, dan ia tidak cukup dilakukan sekali saja. Untuk hasil yang berpanjang­an perlu ada persediaan wang ringgit untuk maintenanc­e. Takkanlah cucuk sekali cantik sampai bila- bila kan?

Samalah juga dalam menjaga badan. Kalau tak cekal dan nekad memang cepat kecundang. Perlu rajin dan sabar, dan penting ada disiplin. Bersabarla­h bila perlu mengikat perut, menjauhi sajian yang sedap- sedap dan ringan- ringankanl­ah tulang bersenam. Berdasarka­n pengalaman sendiri, hendak memulakan memang susah, tapi bila badan sudah dibiasakan, memang senang. Kalau tak bersenam sehari badan rasa tak sedap. Sama juga dengan makan dan minum, bila sudah terlazim dengan yang tawar- tawar, bila sesekali tekak dijamu dengan yang manis- manis kita tak selera habiskan semua. Tapi itulah, semuanya perlu ambil masa, kalau tak sabar memang tidak jadi jawabnya. Pesan saya, ambil masa, usah terburu- buru. Ya, hidup ini singkat, kita tidak banyak masa tapi tidakkah juga rugi andai masa yang ada tidak kita nikmati sebaiknya?

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia