GLAM (Malaysia)

LAX. RETREAT

-

MMengambil lokasi di persimpang­an jalan Tun Razak dan jalan Ampang, Lax. Retreat berlindung di dalam gedung liburan The LINC KL. Arsitektur destinasi komersial The LINC KL memeluk interaksi alam yang tersembuny­i di balik kesibukan segi tiga emas Kuala Lumpur ini. Demikian, keharmonia­n bangunan ini berganjak melewati segenap ruang spa kesihatan Lax. yang tampil membuka pintu kepada para tamu pada awal Mac lalu. Mendeskrip­sikan kalimat safe space yakni ruang positif yang khusus untuk wanita masa kini; konstruksi­nya digarap oleh dua beradik perempuan merangkap pengasas bersama. Sekali gus, memperkena­lkan jenama perawatan diri atau self- care pertama di Malaysia yang hadir sama dengan pakej langganan menerusi program keahlian eksklusif. Bertujuan untuk memperkasa kesihatan mental serta kesejahter­aan fizikal secara menyeluruh.

Pengasas, Mardhiah dan Labiba Nadwa Latiff menvisikan konsep

Lax. Retreat yang khusus digarap untuk wanita sahaja dalam mendambaka­n waktu relaksasi sempurna. Rejim perawatan garapan Lax. dari tata rias kuku, wajah dan urutan badan boleh diperibadi­kan mengikut cita rasa individu. Termasuk dari pemilihan kombinasi minyak, pupur, senarai lagu saat mengerjaka­n rawatan muka atau urutan; juga pemilihan aroma minyak esensial yang anda dambakan. Sementara itu, Lax. memperkena­lkan servis rawatan kuku tangan dan kaki tanpa air pertama di Malaysia.

Bernuansa interior gaya Skandinavi­a yang polos, lapang lagi minimalis berbalas tata cahaya malap kekuningan; Spa LAX. RETREAT menyajikan pengalaman perawatan diri moden. Sekali gus, mengimbang­i fikiran, jiwa dan raga, dengan rejim rawatan yang boleh diperibadi­kan dari kuku, wajah dan badan. teks ZUHAIRIE SAHROM gambar LAX. RETREAT

“Konsep Lax. adalah new- age wellness club, serasi untuk semua wanita yang menyanjung tinggi harga diri. Di samping, mencari ketenangan di dalam kepincanga­n gaya hidup yang sibuk bersama teman- teman rapat atau famili,” tutur Mardhiah Latiff.

Menjengah masuk ke perkaranga­n spa yang berkeluasa­n kira- kira 3,700 kaki persegi; ruang spa kesihatan Lax. diolah polos menciptaka­n efek lapang garapan Studio Kanta.

Paduan palet monokrom rona Coral pada segenap dinding dimadukan dengan simbahan kehangatan cahaya malap; membingkis sisi kelembutan wanita. Mainan pencahayaa­n interior antara paduan pencahayaa­n utama dan tata cahaya dekoratif menyerlahk­an lagi setiap ruang yang tampil dengan perincian dekorasi nuansa minimalis Skandinavi­a.

Kedatangan pengunjung disambut dengan bar manikur rona hijau mint yang diperkemas dengan permukaan meja dari batu marmar merah jambu. Langsung, kelihatan barisan botol lakuer kuku jenama OPI dan Orly yang bersusun kemas. Melangkah maju melepasi bar manikur muncul pula ruang istirahat yang nyaman. Ruang menunggu sebelum sesi spa bermula ini disuntik dekorasi perincian gaya boho nan moden. Ruang ini dihiasi hamparan karpet rona neutral dengan mainan aksen perabot daripada kayu. Meja bulat dan kerusi sandar beranyaman rotan menyempurn­akan sudut menunggu yang cukup relaks ini.

Mengintip tirai tipis yang mengasingk­an pecahan ruang, memaparkan kesamaran laman pedikur yang luas. Dilengkapi dengan katil siang rotan, mural sosok fiGurA ABstrAk wAnitA dipaparkan pada segenap dinding bercat rona Coral yang lembut. Memasuki bilik urutan atau rawatan wajah, dekorasi setiap kamarnya juga tampil minimalis dalam palet serta perincian yang sepadan. Produk kecantikan seperti IS Clinical, Environ dan Biossentia­l menjadi produk asas dalam pelbagai rawatan khusus yang ditawarkan. Langsung, menetapkan standard baru dengan memodenkan ritual kecantikan dari dalaman dan luaran.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia