GLAM (Malaysia)

LOVE YOURSELF FIRST

-

II have a secret to share ; saya adalah manusia yang paling mudah terpedaya dengan apa sahaja yang berkaitan tentang penjagaan kulit wajah. Saya sering kali akan habiskan duit untuk membeli apa sahaja produk kecantikan yang dapat membantu memperbaik­i wajah ini. Daripada jenama ratusan ringgit hingga ke produk l okal, semuanya saya sudah cuba. Baik yang mengandung­i asid tinggi hingga ke vegan friendly, semuanya sudah digunakan atas wajah ini. Tetapi masih belum jumpa barang yang kena dengan kulit. Kawan saya kata, ini adalah my personal beauty journey dan saya kena terima seadanya. Tetapi setelah bertahun dan tidak mendapat result yang diimpikan, buat saya makin stress. Bila stress meninggi, kulit pun mula tunjuk taringnya. My love/ hate relationsh­ip tentang penjagaan muka sampai sekarang masih tidak membuahkan hasilnya.

Jangan berkongsik­an petua yang saya perlu minum air kosong secukupnya, kerana sudah saya lakukan. Bedak sejuk pun saya cari untuk ikut petua orang lama- lama. Sampaikan saya lelah sendiri dengan usaha yang tidak membuahkan hasil ini. Tapi tidak mahu putus asa, saya akan cuba lagi. Sejak dua tiga tahun kebelakang­an ini, saya ambil inisiatif untuk menjaga diri zahir dan batin. Cuma solekan sahaja yang belum benar- benar saya fahami. Kagum melihat new age guys yang mula belajar asas bersolek. Pasaran grooming buat lelaki ini dianggarka­n bakal melonjak kepada USD166 billion pada 2022. 30 peratus daripada mereka adalah wanita yang membelanja­kan duit untuk membeli bahan solek buat pasangan lelaki mereka. Ini adalah satu pasaran baharu yang perlu kita cepat- cepat takluki sebelum kapalnya berlayar memecah pasaran lebih besar.

Istimewany­a isu bulan Jun/ Julai ini GLAM meraikan tentang dunia kecantikan. Ada lebih 20 muka surat didedikasi­kan semua yang hangat tentang kecantikan. GLAM Cantik ada tip solekan runway yang padan dengan situasi global sekarang. Jika sudah tamat PKP ini, mungkin boleh singgah ke SPA untuk buat rawatan kulit. Saya sempat menjengah ke Sothys untuk rawatan RBF mereka. Satu pengalaman spa yang mewah! Hasilnya cepat, terus nampak kulit berseri. Wanita bukan lagi pemain utama dalam industri kecantikan. GLAM menjemput dua jenama kecantikan lokal, Sooi Botanicals yang diketuai oleh, Fadhli Salleh dan pendandan rambut kegemaran GLAM, Cody Chua serta Juno Ko, empunya kepada Fa Faa menghiasi ruangan Profil.

Pelakon TV yang cantik, Siti Saleha menjadi penyeri utama. Pertama kali dia bergambar solo buat GLAM. Pada 2015, kami kumpulkan dia bersama pelakon TV wanita yang lain. Selepas lebih lima tahun, Saleha atau lebih senang dengan panggilan Sally terus menghiasi kaca televisyen. Auranya sebagai pelakon drama TV tidak pernah disangkal. Tahun lalu, Sally dianugerah­kan Pelakon TV Wanita Popular, kali terakhir dia menggondol anugerah itu pada 2013. Selak ruangan Persona dimana, Khir khalid memberi karisma lain pada Sally. Khairul Abidin pula menemurama­h bintang TV popular ini, dua hari sebelum Malaysia diarahkan untuk Total Lockdown.

Tapi, jangan hanya pelihara kecantikan luaran. Kesihatan dalaman juga cukup penting. Mungkin sebab usia yang makin tua, tidak lagi lincah macam remaja 20- an. Apatah lagi, kita masih dalam era pendamik ini. Kita perlu bersikap berjaga- jaga. Buat yang tidak lagi membuat temujanji vaksin, GLAM sarankan ambil seminit atau dua dalam 24 jam untuk mendaftark­an diri sebagai penerima vaksin. Ayuh kita hulurkan bantuan pada orang tua atau mereka yang tidak punya kelengkapa­n pendaftara­n. Jadilah sebahagian solusi terbaik buat masyarakat dan bukan golongan yang membebani semua. Agar usaha kita mampu bergerak ke hadapan menangani masalah pendamik ini. Menjalani kehidupan yang normal… I miss dressing up and going out...

 ??  ??
 ?? PENGARAH KREATIF ??
PENGARAH KREATIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia