GLAM (Malaysia)

JEMPUTAN GLAM

- ilustrasi HIDAYAH AHMAD SURASA

SYED FAIZAL Semuanya bermula akan cintanya pada majalah fesyen, lalu membuatkan Syed Faizal menyalurka­n minat itu pada dunia kecantikan atau lebuh khusus bidang solekan. Sejak berkecimpu­ng di area kecantikan, Syed Faizal sudah berkolabor­asi dengan jenama global seperti Louis Vuitton dan Dior. pada 2016, Syed Faizal Beauty terlancar dan kini terus berkembang dengan debut pekakas alat solek dibawah koleksi Alat.

FENDI SANI Fendi Sani bermula sebagai pembantu di salah sebuah salon rambut dan pada 1985 dia bersama sahabat lain membuka salon kecantikan bernama Portfolio di Penang. Lima tahun kemudianya, Fendi mengambil keputusan hijrah ke Kuala Lumpur dan bermulalah kariernya sebagai juru dandan dan konsultan solekan. Jemarinya sudah merias Ratu Universe seperti Pia Wutzbach, Riyo Mori dan Paulina Vega.

AMALIA SYAKIRAH Wajahnya pernah menghiasi ruangan fesyen GLAM, juga bakat lakonan Amalia Syakirah menjadi pujaan baru dunia perfi leman. Cintanya bukan sahaja terhenti di situ, dia juga lincah dalam arena seni mempertaha­nkan diri. Namun, cinta pada seni sudah tertanam sejak remaja dan dia mempunyai ijazah dalam seni halus daripada La Salle SIA Collage of The Arts di Singapura. Keith Haring, Marc Chagall dan Joan Miro merupakan hero buat Amalia dalam dunia seni halus.

SHIKIN GOMEZ Sebelum Shikin Gomez menjadi top 3 di Asia’s Next Top Model 2017, terlebih dahulu sudah menggondol pememang utama Malaysia Supermodel Search dua tahun sebelumnya. Kini Shikin sudah menjadi wajah semasa dan membintang­i banyak kempen fesyen lokal dan serantau. Wajah kacukan Melayu dan India kini di bawah agensi peragaan The Models Lab KL dan Wynn Models yang bertapak di Jakarta.

KF BONG Menjadi juara di pertanding­an solekan Shu Uemura pada 2007/ 2008 dengan bertemakan ‘ Millenium Women’ membuka pintu rezeki buat KF Bong. Kini lebih 10 tahun dalam dunia solekan telah membawa Bong terbang ke Eropah dan sekitar Asia. Bong menjadi pilihan selebriti tanah air termasukla­h Nur Fazura, Ning Baizura dan Yeo Yann Yann.

Industri solekan kini bukan lagi seperti yang dulu. Hanya dipandang kias pada awalnya kini ia merupakan salah satu industri yang cukup kuat untuk berada dalam kategori pekerjaan yang lebih tinggi levelnya. Siapa saja yang tidak ingin disolek dan hasilnya tampak lebih cantik?

Dunia media sosial j uga ki ni memainkan peranan penting dalam kerjaya s eorang makeup ar tist. Semasa mula- mula menjinakka­n diri dalam bidang ini dulu, apa sahaja yang ada untuk saya promosikan hasil kerja sendiri? Hanya blog dan platform Facebook sahaja dan kata dari mulut ke mulut. Kini tidak lagi seperti dulu, dengan adanya Instagram, Tik Tok, YouTube, mereka yang makeup muka sendiri pun boleh bergelar seorang makeup artist. Jutaan followers itu penting di zaman teknologi ini.

Pada pandangan saya, di Malaysia kini, ada pelbagai jenis makeup artist. Ada yang bermula dari pengalaman kosong, makeup artist yang makeup muka sendiri, makeup artist yang insta- famous dan macam macam lagi. Pucuk pangkalnya terpulang kepada client, untuk menilai dan memilih. Nasihat saya, pastikan memilih berpanduka­n hasil kerja seseorang makeup artist itu, bukan populariti­nya.

Zaman kini juga, editing or touch up itu dititik beratkan. Tipulah kalau saya kata saya tak edit hasil kerja saya.

Tetapi biarlah berpada- pada. Tak ada manusia yang berkulit halus mulus seperti kulit telur. Kulit telur pun kadang kadang ada celanya. Ada masanya, cela itulah yang menampakka­n lagi hasil kerja seorang makeup artist itu.

Bercakap tentang harga pula, ini adalah antara benda berat yang selalu diperkotak- katikkan oleh “segelintir” manusia. Kadang kadang tidak masuk dek akal dari yang murah sampai nak minta sponsor! Sudah- sudahlah i t u kan? Zaman sponsors sudah berlalu. Nak beli barang makeup pun bukannya murah sekarang ini. Itu tidak dikira pengalaman lagi. Penat kita kumpul duit sendiri, nak belajar jauh- jauh sampai ke kota London untuk menimba ilmu. Dapat pula pertanyaan nak makeup pengantin RM100. Sedih kalau difikir balik. Langsung tidak ternilai seni solekan kami yang bertahun- tahun pengalaman.

Evolusi industri makeup di Malaysia ki ni s udah berkembang. Cuma mentaliti segelintir kadang- kadang masih berada di tahap yang sama. Syed sendiri masih l agi mencuba untuk memperbaik­i diri sendiri serta hasil kerja. Hampir 16 tahun dalam industri ini, dari part- timer ke fulltime job, banyak cabaran yang dihadapi. Kadang- kadang sampai fikir macam mana nak cari duit ni?. Syed bukan dari keluarga yang senang, semua harus bekerja keras sehingga ke hari ini. Alhamdulil­lah sokongan daripada orang sekeliling terutamany­a keluarga, membantu Syed untuk berada di tahap Syed sekarang.

Pada tahun 2016, terdetik untuk hasilkan jenama kecantikan sendiri iaitu Syed Faizal Beauty. Masa itu tak banyak pun lagi produk tempatan. Sekarang ini jangan cakaplah, siapa sahaja yang tak ada jenama makeup. Pada Syed, competitio­n itu bagus. Cuma kelainan jenama Syed adalah menghasilk­an produk berdasarka­n mata seorang Makeup Artist. Disitulah kelebihann­ya bila kamu hasilkan produk berdasarka­n kerjaya kamu sendiri. Kamu akan lebih memahami dan bukan sekadar tangkap muat sahaja. Bukan mudah untuk dikenali di merata- rata tempat. Pada Syed, biarlah lambat asalkan Syed Faizal Beauty masih relevan dan diminati. Terima kasih # syedfaizal­beautybabe­s!

 ??  ?? FENDI SANI
AMALIA SYAKIRAH
KF BONG
SHIKIN GOMEZ
SYED FAIZAL
FENDI SANI AMALIA SYAKIRAH KF BONG SHIKIN GOMEZ SYED FAIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia