GLAM (Malaysia)

UNSUR MODERN CLASSICISM

Sekiranya anda memiliki cukup banyak koleksi beg klasik dan ingin beralih sementara waktu pada pilihan beg bergaya kontempora­ri, alihkan perhatian kepada Burberry The Olympia. Tas bersiluet separa bulat yang unik, memiliki butiran lengkap untuk kenyamanan

-

“Pabila mereka the Olympia, saya terfikir tentang rekaan beg tangan yang berupaya meronai esen feminin yang kuat. Maka itu, saya tampilkan tiga wanita yang mengagumka­n untuk mencorakka­n kuasa dan energi wanita yang terdapat pada beg the Olympia melalui penghasila­n kempen.”

“Wanita- wanita tersebut ialah FKA Twigs, Kendall Jenner dan Shygirl. Mereka berkeyakin­an dan berbakat, punya ambisi yang sama juga bebas untuk menonjolka­n identiti mereka melalui kreativiti,” kata Ketua Pegawai Kreatif Burberry, Riccardo Tisci.

Kempen beg tangan the Olympia, satu lagi taruhan gaya Burberry yang baharu, dicipta oleh Riccardo Tisci.

Reka bentuk beg menyalin bentuk lekuk sabit yang cukup unik, ternyata merangkul pandangan baharu aksesori olahan Burberry.

Tersemat sifat atletik pada keseluruha­n reka bentuknya. Bentuk beg unik, penuh inspirasi, warna dan kaya dari perspektif budaya. Sesuatu yang klasik menggamit tumpuan, namun merentasi sempadan moden, lantas memberi gambaran kepelbagai­an. Berteraska­n aspek ‘ modern classicism’, sekali gus memperliha­tkan keunggulan beg tangan yang digayakan para wanita moden. Beg sandang material kulit lembut buatan Itali, menampilka­n rekaan berkotak serta separa bulat.

The Olympia mempunyai pilihan gaya beg silang, tali pendek atau panjang, sesuai digayakan pada majlis santai atau dibawa sengaja menyempurn­akan penampilan musim panas. Bentuknya menonjolka­n ciri seni pembuatan halus berorienta­sikan warna- warna klasik nan mewah, hitam, burgundy dan beige. Terdapat juga tawaran warna terang dan suntikan moden, seperti kuning marigold, hijau juniper dan biru lembut, menyerlahk­an daya penarik musim panas serta memberi inspirasi dan memaparkan kehalusan seni tanpa menjejaska­n kegunaan khusus beg tangan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia