GLAM (Malaysia)

SEALED WITH A KISS

Chloé tawarkan rangkaian beg tangan Kiss yang dicadangka­n sebagai aksesori terbaik dedikasi musim ini. Direka dalam variasi stail, lantas memberi ruang menguji keperkasaa­n dan versatilit­inya. The cool sisters, Ally dan Serena Mukhriz tampil segar dalam pa

- teks JOHAN KASSIM gambar CHEE WEI

AAlly Mukhriz bersama adiknya, Serena adalah wajah semasa yang tergolong dalam generasi fesyen lokal yang baharu. Kedua- duanya memiliki personalit­i, ambisi dan cita rasa fesyen yang berbeza- beza, namun keserasian pada adik- beradik ini memberi ruang buat mereka untuk tampil ‘ stylish’ pabila dirakam bersama. Hubungan adik- beradik Ally dan Serena dikira erat, biarpun jurang usia yang jauh, mereka sering berkongsi cerita- cerita antara satu sama lain. Well, that’s what sisters are for!

“Bagaimana hubungan Ally bersama Serena sebagai adik- beradik?” “Saya sentiasa memberi Serena ruang privasi yang sebaiknya. Pun begitu, kami akan sentiasa ada pada masa yang memerlukan. Kami berdua tak punya minat dan ‘ passions’ yang sama dan sentiasa menyokong sesama kami,” kata Ally.

Serena pula berkongsi, situasi lockdown kerana pandemik Covid- 19 ternyata mengeratka­n lagi hubungan bersama kakanya, Ally. “Walaupun jarak umur kami agak jauh tetapi hubungan kami adik- beradik sangat rapat. Kami menemui minat yang sama sewaktu berkuarant­in pada lockdown yang lepas. Saya bersyukur memiliki dua kakak dan satu abang yang boleh diharapkan juga mereka menjadi tempat merujuk mengenai apa pun tanpa rasa dihakimi,” tambah Serena.

Dua beradik ini juga punya keserasian melalui paduan minat dalam fesyen. Bergaya dalam rangkaian beg tangan Chloé Kiss, mencadangk­an gaya ideal musim panas sudah tentu tak ketinggala­n menjadi teman yang melengkapk­an hari mereka berdua. Membangkit­kan rasa kebersamaa­n yang kuat.

Ilham rekaan beg tangan Chloé Kiss menilik kemesraan atau keakraban yang terbentuk daripada hubungan famili. Apalagi yang melambangk­an hubungan yang sukar dipisahkan, seperti Ally dan Serena sendiri.

Kata Ally, Serena seorang yang berpendiri­an dan berani. Serena pula berpendapa­t, Ally seorang yang kreatif. Ragam identiti pada dua beradik ini, sama ‘ sifat’- nya dengan butiran- butiran yang memaut pada tiga beg Chloé Kiss yang digayakan oleh mereka yakni trik menggayaka­nnya. Beg tangan kecil Kiss, Kiss hobo dan Kiss Minaudière. Boleh disilang, dijinjing atau disandang pada bahu mengikut kesesuaian gaya. Litupan material kulit berbalas pemegang logam bentuk bibir, merupakan elemen gaya Kiss yang unik dan ketersendi­rian.

 ??  ??
 ??  ?? KISS MINI PURSE
KISS MINI PURSE
 ??  ?? KISS HOBO
KISS HOBO
 ??  ?? KISS MINAUDIÈRE
KISS MINAUDIÈRE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia