GLAM (Malaysia)

AURA ELEGAN

Himpunan beg Capucines oleh Louis Vuitton menambat hati wanita kerana elemen rekaan yang elegan dan menjelmaka­n aura sofistikat­ed dalam apa jua gaya. Cukup versatil dan menjadi perisai fesyen pilihan wanita sekarang.

- Teks AIZAT AIDID gambar LOUIS VUITTON

TTugasan beg ada dua sama ada untuk menjadi pelengkap gaya atau membantu mereka yang memakainya. Jarang benar ada beg yang mampu memenuhi dua perkara tersebut. Ada beg yang cantik, tetapi kecil tidak muat lipstik. Ada pula yang sangat praktikal, tetapi macam wanita masuk pejabat. Situasi ini tidak mungkin berlaku jika anda menjinjit beg Capucines. Ia adalah taruhan Louis Vuitton dalam memenuhi permintaan wanita yang mahu nampak cantik dan menjinjit beg yang praktikal, kena dengan gaya hidup semasa. Pertama kali debut pada 2013, beg ini cukup senang diterima daripada wanita yang lahir dalam pelbagai latar belakang. Mereka yang berjawatan CEO hingga ke wanita muda gila media sosial, boleh menjinjit beg yang cukup versatil ini.

Capucines mendapat namanya daripada butik pertama Louis Vuitton yang terletak di Rue Nuevedes- Capucines. Mengikut bentuk beg ini cukup menjulang DNA rekaan- rekaan di Louis Vuitton yang berpaksika­n structural.

Setiap beg memerlukan lebih ratusan artisan untuk mendapat rekaan bentuk yang cukup ringan, moden dan nampak klasik.

Seperti menghasilk­an satu adi busana, beg Capucines ini juga mendapat sentuhan yang sama. Ada lebih 250 langkah yang perlu dilaksanak­an oleh artisan di Louis Vuitton untuk menyiapkan satu beg Capucines. Antara langkah yang membuatkan nilai beg ini tinggi adalah perletakan gancu bunga monogram pada material kulit mereka. Mereka bijak dalam menghasilk­an beg menggunaka­n material bagus, setanding dengan legasi mereka sebagai pembuat bagasi.

Beg yang pada mulanya hadir dalam dua saiz yakni GM dan MM, kini ditambah pula dalam saiz kecil BB. Beg yang dalam saiz mini ini boleh digayakan untuk stail yang lebih kasual. Namun, masih mampu pula digayakan untuk ke acara glamor malam hari. Versatil ini menjadikan beg Capucines sebagai satu beg yang pelbagai karakter. Klasik beg ini terletak pada penggunaan kulit full- grain taurillon dan dalamnya pula diperkemas dengan material kulit anak lembu. Artisan di Louis Vuitton juga memberi seleksi gaya yang tidak menonjol. Boleh dilihat pada perletakan logo LV yang cukup bersahaja di tengah beg. Atau, bunga monogram yang terletak pada hujung flap beg ini. Menyuntik elemen barang kemas pula adalah penyambung pemegang beg yang diikat dengan metal seakan cincin.

“Capucines mendapat namanya daripada butik pertama Louis Vuitton yang terletak di Rue Nueve- desCapucin­es. ”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia