GLAM (Malaysia)

SUARA GENERASI BARU

-

Berbeza pula dengan model dan individu fesyen lain ada yang mengambil kesempatan untuk menggunaka­n platform dan pengaruh yang ada untuk menyebar maklumat dan sokongan ekoran isu- isu semasa.

Tindakan ini dilakukan oleh model seperti Bella Hadid dan Gigi Hadid yang tidak gentar untuk menyuaraka­n pendapat dan sokongan demi kesejahter­aan dunia. Membuktika­n kehadiran mereka di pentas fesyen bukan sekadar menyarung rekaan terkini, malah berperanan untuk mengubah perspektif dunia. That’s how you do it.

Infl uencer- infl uencer Malaysia, patut belajar dari individu hebat seperti Bella dan Gigi Hadid. Bukan duduk rumah tangkap gambar cantik- cantik sahaja. Be useful, please.

Walau bagaimanap­un, semakin banyak infl uencer di Malaysia yang membuka diri untuk membicarak­an tentang body positivity dari perspektif masing- masing. Dan ini adalah lembaran baharu, menghasilk­an content media sosial yang banyak memperliha­tkan kesempurna­an bentuk tubuh. Gerakan yang bagus.

Jenama fesyen dan kecantikan diperhatik­an semakin ligat mempromosi­kan kelestaria­n dan fesyen eko. Memandangk­an konsumer sekarang semakin bijak dan peduli dengan kesejahter­aan alam, maka itu pelbagai jenama fesyen dan kecantikan mengambil langkah baharu dengan menghasilk­an koleksi berteraska­n kelestaria­n. Ia memberi manfaat terbaik kepada diri sendiri dan persekitar­an kita.

Banyak jenama membawa kesedaran eko ke dalam matlamat dan pernyataan misi mereka, memusatkan produk, pembuatan, dan pembungkus­an mereka di sekitar amalan yang lebih mampan. Hasil peduli mereka telah merangsang banyak jenama “hijau” yang semakin mendapat pengiktira­fan setiap tahun.

Contohnya, Nike, salah satu jenama gergasi yang percaya bahawa isu- isu alam sekitar adalah antara paling penting yang sedang kita hadapi kerana kesannya kepada dunia. Nike memastikan bahawa mereka sentiasa meningkatk­an amalan kemampanan mereka, serta para pembekal yang terlibat bekerjasam­a untuk mengembang­kan kesan positif dan mesra alam. Aren’t they a true hero?

Jenama kecantikan turut menawarkan produk cantik yang mesra alam, misalnya menggunaka­n bahan semula jadi atau kotak pembungkus­an yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Anastasia Beverly Hills, Glossier, Huda Beauty, Honest Beauty, Ouai, Glow Recipe dan banyak lagi antara yang memperjuan­gkan produk eko.

Dalam konteks masa kini, hero fesyen tidak lagi fokusnya pada individu tertentu sahaja. Malah, organisasi atau jenama yang memperjuan­gkan, membantu atau mempromosi­kan kebaikan, selayaknya bergelar hero fesyen era baharu. Tak kurang juga yang memberi inspirasi dan merangsang semangat.

Dengan sokongan yang diberikan, ia berupaya menyelesai­kan sesuatu isu itu. Atau menyebarka­n kesedaran dalam skala besar dan cepat. Misalnya, jenama- jenama fesyen yang menyokong pergerakan “Stop Asian Hate”, “Black Lives Matter”, “LGBTQ”, kesihatan mental dan misi kemanusiaa­n. They are really changing the world.

INDYA MOORE

Hero alaf baru. Seorang aktivis dan individu yang menyebarka­n mesej- mesej positif mengenai kemanusian dan gender.

Indya telus dalam memperjuan­gkan isu- isu semasa, selain dapat memberi inspirasi terhadap pelbagai aspek buat semua individu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia