GLAM (Malaysia)

ESENSI CANTIK

- Teks

1. BURBERRY RUNWAY EYE

PALETTE Palet pembayang mata dengan pilihan sembilan warna ini diilhamkan dari DNA Burberry sendiri yang menyeimban­gkan antara gaya malar segar dengan elemen sofi stikated. Muncul dengan tiga kemasan berbeza; pusam, berkilau dan metalik, pembayang mata ini cukup versatil dalam menghasilk­an gaya solekan mata nan variasi.

2. DEAR DAHLIA MESMERIZIN­G MOMENT COLLECTION PALETTE IN ANGELIC NUDE Palet ini disempurna­kan dengan lapan warna dengan tiga tekstur berbeza. Cukup berpigmen, pilihan warnanya juga sepadan dengan semua ton kulit. Warnanya juga boleh disuai padan mengikut gaya solekan yang anda mahukan, dari klasik, glamorous mahupun yang lebih berekspres­i.

3. NUDESTIX HEAVEN & EARTH 7 PIECE MAKEUP KIT

Berilhamka­n warna cotton candy dan alam semula jadi, kit solekan ini tampil dengan tujuh alat merias mata terdiri daripada Magnetic Eye Color yang mana ia hadir dalam tiga warna pusam, dilengkapi juga dengan Plush Paints dalam warna pic dan merah samar dan turut ada Nudies Bloom yang hadir dalam warna merah jambu terang ( fuschia). Istimewany­a kit ini dibungkusk­an dalam plastik kitar semula. Perfect summer makeup ever!

4. CHANEL LE VOLUME

REVOLUTION DE CHANEL

Inilah berus maskara 3D- printed pertama oleh Chanel. Teknologi berusnya dimajukan agar setiap Sapuan dapat menebarkan formula adunan maskaranya. Ia menggunaka­n rice wax dan beeswax untuk tekstur maskara yang lembut dan tebal.

5. DIORSHOW ICONIC OVERCURL Ia melentik dan memberi efek bulu mata yang spectacula­r. Berusnya yang melengkung memudahkan lagi sapuan. Ini antara maskara Dior yang cukup ikonik. 6. BITE UPSWING FULL- VOLUME MASCARA Hadir dengan fungsi mencipta efek bulu mata yang lebih lentik, lebat, lebih volum dan panjang. Maskara ini bebas gluten Ia menggunaka­n lilin ( wax) dari kupasan buah beri.

GLAM menghimpun­kan 18 produk yang menjadi rencam cantik, inilah yang patut ada selain asas- asas lain yang sering didahuluka­n.

7. OLEHENRIKS­EN BANANA BRIGHT EYE CRÈME

Level up your skincare regime!

Krim mata No. 1 di Sephora North America ini punya rahsia tersendiri. Berdasarka­n inspirasin­ya menerusi kajian bertahun, rahsia utama Banana Powder beri kesegaran di bawah mata dengan pantas.

8. KIEHLS CREAMY EYE TREATMENT Buah avokado banyak khasiatnya. Antaranya sebagai agen pelembap, memberi khasiat dan melembutka­n kulit. Sesuai untuk bahagian sekitar mata kerana agak sensitif. Jika anda sering terdedah dengan blue- light, krim mata ini cukup kaya dengan ekstrak minyak Avokado bertindak sebagai anti- oksida Beta- Carotene 9. TATCHA THE SILK PEONY

Krim mata ini mewah dengan tekstur berkrim dan penyerapan cukup efektif. Bertindak sebagai double shield, iaitu pelembap dan menghalusi garisan bawah mata dengan lancar. Sesuai digunakan sebagai penyediaan sebelum bersolek. 10. PIXI DREAM- Y MIST

Rahsia tidur nyenyak sambil wajah dilindungi. Pixi Dream- Y Mist ini adalah overnight mist bertindak sebagai multi- fungsi. Kandungan anti- oksida yang tinggi buat kulit wajah seperti dibelai dengan lena. Aroma seperti bunga Jasmine, Lavendar, Allantoin dan Chamomile beri efek tenang.

11. GLOW RECIPE WATERMELON GLOW ULTRA- FINE MIST Lindung kulit wajah dari radikal bebas. Hampir 84 peratus formulanya terkandung buah tembikai, asid hialuronik dan bunga raya untuk meningkatk­an kesegaran kulit wajah dan juga sebagai seri wajah selepas bersolek. Semburan kemas Glow Recipe Watermelon Glow Ultra- Fine Mist juga membuat kulit lebih bersinar dan kekal lembap.

12. CAUDALIE BEAUTY ELIXIR Pilihan utama barisan A- list dan juga jurusolek terkenal dunia, Beauty Elixir. Ia sebuah produk cukup inovatif kerana ia mampu menyerlahk­an kulit wajah lebih bersinar dan juga mengecilka­n pori pada kulit wajah dengan sekata. Caudalie Beauty

Elixir sering dijadikan sebagai setting spray untuk solekan tahan lama.

13. ROUGE DIOR SATIN BALM

Tahun ini Dior bukan Sahaja menghampar­kan peminatnya dengan 75 warna gincu menerusi koleksi Rouge Dior, malah Mereka menghadiah­kan penggemarn­ya dengan salap bibir mewah sebagai peneman bibir. Menurut Peter Philips, pengarah kreatif dan imej Dior, salap bibir ini menggunaka­n 95 peratus bahan semula jadi yang sangat sesuai sebagai pemelihara bibir saban hari. 14. TOO FACED PEACH BLOOM COLOR BLOSSOMING LIP BALM Manjakan bibir dengan salap bibir comel ini yang mana ia hadir dengan pelbagai pilihan warna semula jadi. Ia dimewahkan dengan mangga, shea butter, minyak semula jadi avokado, minyak saffl ower dan juga diperkaya dengan vitamin E untuk menghidark­an bibir dari kering.

15. ANEIGE LIP SLEEPING MASK Bibir juga perlu ‘ dibersihka­n’ dan menjalani proses pengelupas­an supaya ia tampak lembap dan sihat.

16. CHANEL LE VERNIS Pilihan rona kuku Chanel Le Vernis, 167 Ballerina serlahkan kuku dengan warna pastel. Melengkapi gaya di pentas fesyen Chanel musim luruh 2021/ 2022.

17. NAILS INC NAIL PURE Jika anda gemarkan pewarna kuku berkilat dan cepat kering, Nails Inc punya koleksi pelbagai. Pilihan rona Forest Green cipta ilham fl awless. Menarik mengenai Nails Inc ini bersifat vegan, cruelty free dan mempunyai formula tahan lama.

18. COACH X SEPHORA COLLECTION TEA ROSE Edisi terhad set koleksi pewarna kuku Coach X Sephora Collection hadir dengan warna merah jambu berkilat, 2- in- 1 base coat. Berinspira­sikan Tea Rose iaitu lambang wanita Coach, penuh dengan ilham feminin sesuai dengan gaya ringkas dan bersahaja.

 ??  ?? KHAIRUL ABIDIN & JULIA AZMAN 4. 6.
KHAIRUL ABIDIN & JULIA AZMAN 4. 6.
 ??  ?? 1.
1.
 ??  ?? 2. 3.
2. 3.
 ??  ??
 ??  ?? 5.
5.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 17. 16.
17. 16.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 8. 9.
8. 9.
 ??  ?? 13.
13.
 ??  ?? 14. 15.
14. 15.
 ??  ?? 18.
18.
 ??  ?? 10. 11.
10. 11.
 ??  ?? 12.
12.
 ??  ?? 7.
7.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia