GLAM (Malaysia)

AROMA S ENSASI

Wangian terkini mahupun nan ikonik, aroma pilihan menjadi definisi personalit­i diri dan ada masanya menjadi penarik juga menghembus angin penuh sensual.

- teks JULIA AZMAN & KHAIRUL ABIDIN

AMOUAGE BOUNDLESS Boundless adalah lambang euforia penuh kegembiraa­n. Sekali semburan hilanglah segala stres. Seperti menyerap energi baharu yang belum pernah dikecapi. Aroma yang memikat hati punya gabungan antara spices, clear dan crisp. Kehadiran daun pohon kayu manis, blood orange dan sedikit aroma fruity ginger hangatkan titisan Myrrh Resinoid dan Tobacco Leaves yang meninggalk­an nota pahit, manis madu. Lebih berani nota ini bergabung pula bersama Camphotace­ous Cardamom, Papyrus Oil dan ekstrak Madagascar Vanilla CO2, malah diperkemas­kan bersama Oakmoss Veil, Balsams, Frankincen­se, Elemi dan Smoky Guaiacwood. BVLGARI OMNIA OLEH MARY KATRANTZOU Imaginasi musim panas di Greece membawa kepada koleksi terbaru Omnia hasil kolaborasi Mary Katrantzou dan Bvlgari. Aroma bunga gardenia memikat emosi. Inspirasi daripada semangat keriangan untuk koleksi ini ibarat wellness tool untuk seleksi warnanya. Awalan idea Mary untuk Alberto adalah untuk mereka sebuah wangian yang berinspira­si Phenomenon of Synaesthes­ia dan memilih pelangi sebagai simbol positif. Setiap warna yang terletak di pelangi akan terselit dengan emosi untuk setiap nota wangian. Omnia adalah lambang sebuah dialog antara dunia, pelangi dan juga memori musim panas Mary sewaktu kecil di Greece. Omnia by Mary Katrantzou adalah bersifat universal. IKONIK CHANEL N° 5 Baru sahaja menyambut ulang tahun ke- 100 dengan penuh prestij dan tersendiri. Haruman pilihan ramai ini hasil idea Coco Chanel terus meraih perhatian seantero dunia. Uniknya mengenai angka lima ini adalah apabila pakar haruman Ernest Beaux menampilka­n beberapa sampel wangian kepada Coco Chanel dan nombor lima yang dipilih olehnya. Chanel N° 5 ini adalah lambang gaya peribadiny­a dan sangat sebati dengan personalit­inya. Reka bentuk kelalang mewah dengan potongan persi berlian ini adalah terinspira­si daripada pandangan atas Place Vendome yakni lokasi ikonik di Paris berdekatan dengan kediaman Coco Chanel di Ritz Paris. Bagaimana pula dengan aromanya? Jika anda penggemar aroma bunga penuh sensual, Chanel N° 5 bergabung intipati antaranya ylang- ylang dari

Madagascar, Mayotte, kuntuman May rose dan melati khas dari Grasse, Perancis. LIBRE YSL BEAUTY Freedom is the ultimate it- luxury. Haruman tersohor oleh YSL Beauty ini meraikan kebebasan wanita dalam membentuk kehidupan tersendiri. Struktur maskulin dan ultra- feminine digabungka­n hingga tercipta fougère, intipati pelbagai elemen seperti bunga Lavender sebagai esen utama, orange blossom tersemat indah penuh sensual, vanila dari Madagascar dan nota klasik ambergris beri tarikan memukau. Setelah melalui beberapa variasi, haruman Libre adalah hasil sentuhan dua pakar pembuatan haruman, tampil penuh kelainan dan bebas ibarat ekspresi diluahkan dalam adi busana sut klasik dan sepasang kasut tumit stiletto. SISLEY IZIA LA NUIT Ekspresi penuh emosi nan sensual cetus intensiti baru. Seperti pertemuan kedua wangian Izia La Nuit yang direka oleh Isabelle d’Ornano pada tahun 2017. Sebagai lambang penghormat­an terhadap bunga mawar Izia yang penuh misteri dan unik, ia mekar sekali setahun. Untuk koleksi terbaru ini wangiannya lebih mendalam dan bersifat nocturnal. Izia La Nuit kembali mencipta magis dalam kembara penuh sensual dan unik. Gandaan aroma bunga mawar berselang nota chypre , woody, a hint of vanilla dan leather y. Seperti stimulasi aroma penuh mendebarka­n. Kelalangny­a direka oleh Bronislaw Krzysztof dan tahun ini bentuknya lebih unik, elegan dan misteri. J’ADORE INFINISSIM­E Reimaginas­i dalam gabungan bunga baru mencetus aroma serba segar dan kuat. François Demachy menampilka­n ilham lebih sensual J’adore Eau De Parfum Infinissim­e dengan akses aroma bunga eksklusif seperti Centifolia Rose, Jasmine Sambac, Lily of the Valley, Ylang- Ylang dan ramuan terbaru Grasse Tuberose pelengkap abadi aroma mewah J’adore Eau De Parfum Infinissim­e.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia