GLAM (Malaysia)

RI TUAL Cantik

Dari hujung rambut ke hujung kaki, segalanya menjadi noktah dalam mengekalka­n kecantikan abadi. Sidang redaksi GLAM teruja alami pengalaman rawatan terbaik khas untuk kulit wajah, tubuh badan dan juga rambut.

- Teks

PILIHAN WARNA PENYERI WAJAH Tahukah anda, pilihan warna rambut bertepatan akan menaikan seri wajah! Menurut jurudandan Emily Ng dari The Hair Tric & Lashility, gabungan warna yang betul akan menampilka­n diri lebih segar dan muda. Seperti pilihan warna rambut saya iaitu Honey Brown, warna ini saya lihat memang betul membuatkan kulit saya kelihatan lebih cerah dan segar. Ditambah pula dengan potongan rambut ‘ Curtain Bangs’ makin tampak muda.

TERAPI SEGAR DAN MUDA Di Venusde yang terletak di

Mid Valley, Megamall ini punya rawatan yang akan membuatkan kulit wajah lebih segar, cerah dalam masa singkat! Saya sendiri mencuba rawatan

Urban Skin Refresh selama 90 minit cukup memuaskan! Sesi rawatan berjalan dengan lancar dan lebih menarik rawatan ini menggunaka­n teknik Lymphatic Drainage Massage iaitu kulit akan lebih anjal dan cerah. Urban Skin Refresh ini adalah rawatan yang mengembali­kan kesegaran kulit wajah dan juga mengelakan kulit terdedah dengan pencemaran dalam jangka masa lama.

KU INGINKAN KULIT BERSERI! Wajah mulus dengan kulit berseri adalah impian wanita! Semua ini boleh direalisas­ikan melalui sesi spa RBF di Sothys yang menggabung­kan teknik estetik anti- penuaan agar kesan kecantikan yang lebih lama. Di Sothys, sesi rawatan RBF ini akan melalui tiga peringkat yakni proses pertama adalah sesi pengelupas­an yang menggunaka­n teknik micro- dermabrasi­on. Seterusnya, wajah dirawat menggunaka­n dua saiz L & S micro- needling. Ia tidak menggunaka­n jarum, tetapi alat berasa nilon yang tidak agresif pada permukaan kulit. Juga, peringkat ini memberi fokus pada bahagian mata dan sekitar bibir untuk menghilang­kan garis- garis penuaan. Akhir sekali, adalah sesi modelling yang mana alat yang menggulung pada permukaan wajah lantas meratakan kompleksi kulit wajah.

TERLENA DIBUAI MIMPI Selama 30 tahun, label kecantikan dari selatan Australia ini terus menerajui penjagaan kulit natural melalui teknologi terkini. Jurlique menggunaka­n bahan- bahan terbaik dari Australia untuk menghasilk­an produk penjagaan kulit yang asli dan berkuasa. Antara rawatan muka yang ditawarkan oleh Jurlique ialah Detoxifyin­g Facial yang cukup menenangka­n. Selain membantu detoks kekotoran dan membersihk­an kulit tersumbat, ia meminimumk­an efek kulit rosak kesan pencemaran dan juga pengumpula­n sisa solekan yang akan mempercepa­tkan proses pra- penuaan. Seperti spa, rawatan selama 60 minit ini banyak menggunaka­n proses urutan pada setiap penjuru muka untuk menyuntik kesegaran serta mencergask­an kulit kusam. Stor Jurlique terletak di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara.

 ??  ?? JULIA AZMAN
JULIA AZMAN
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia