GLAM (Malaysia)

POWER FACE MAKEOVER

Golongan lelaki semakin berani menjalani rawatan estetik. Rawatan Power Face Makeover antara menjadi rebutan kerana dapat miliki garis rahang idaman.

- teks JULIA AZMAN

Mengikut kajian ISAPS ( Internatio­nal Society of Aesthetic Plastic Surgery), tahun 2019 seramai 1.3 juta lelaki dari seluruh dunia menjalani rawatan estetik tanpa pembedahan dengan menggunaka­n suntikan toksin botulinum dan pengisi kulit asid hyaluronik ( HA). Kedua- dua rawatan tersebut merangkumi kira- kira 12.8% daripada jumlah rawatan estetik tanpa pembedahan yang dijalani oleh kaum lelaki. [ 1]

Walaupun wanita masih mempelopor­i trend rawatan estetik, tetapi rawatan pengisi kulit seperti suntikan asid hyaluronik ( HA) semakin popular di kalangan kaum lelaki. Rawatan pengisi kulit di garis rahang dan dagu yang juga dikenali sebagai ‘ Power Face Makeover’, merupakan antara rawatan yang semakin popular untuk kaum lelaki.

Menurut Dr Jason Yip, pakar estetik Astute Clinic Kuala Lumpur, lebih kurang 25% kliennya yang terdiri daripada lelaki inginkan garis rahang dan dagu yang lebih menonjol dengan bantuan pengisi kulit, “Ramai pelanggan lelaki di klinik saya merupakan lelaki metroseksu­al yang mementingk­an imej dan penampilan diri, dalam lingkungan umur 20- an hingga 40- an. Ada juga, segelintir­nya mempunyai dagu berlapis yang menyebabka­n wajah mereka kelihatan lebar dan kurang maskulin. Dengan memperbaik­i penampilan mereka, garis rahang dan dagu yang lebih terserlah boleh membuat profil wajah kelihatan lebih muda dan maskulin.”

Pandangan ini disokong oleh sains evolusi. Kajian terkini dari University of Coloradio Bolder [ 2] dan Royal Society of London [ 3] mendapati wanita lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai garis rahang dan raut wajah yang lebih menyerlah kerana ia dikaitkan dengan perwatakan maskulin dan kadar testostero­n yang lebih tinggi.

Memilih pengisi kulit yang sesuai untuk menyerlahk­an garis rahang adalah amat penting. Pengisi kulit tersebut mestilah mempunyai keanjalan dan kelikatan yang tepat supaya apabila ia disuntik ke dalam kulit, bentuk dan rupa yang diinginkan akan bertahan untuk jangkamasa yang lama. Ia juga harus kelihatan sebati dengan kulit dan tisu wajah berdekatan dengan tempat suntikan, supaya raut wajah kelihatan seimbang dan semulajadi.

“Apabila memilih pengisi kulit, kami perlu menilai faktor- faktor seperti ‘ G- Prime’ yang mengukur kadar kelikatan dan keanjalan sesuatu pengisi kulit itu. Lebih rendah nilai G- Prime, lebih cair pengisi kulit HA tersebut, dan lebih mudah ia disebar dan diratakan ke dalam kulit. Biasanya, pengisi kulit yang lebih rendah nilai ‘ G Prime’ lebih sesuai digunakan di bahagian pipi, sebagai contoh. Untuk bahagian dagu dan garis rahang, pengisi kulit HA yang lebih padat dan mempunyai nilai G- Prime yang lebih tinggi, seperti Juvederm Volux ® , menjadi pilihan kerana rupa bentuknya selepas suntikan akan kelihatan semula jadi dan tetap bertahan untuk lebih kurang 24 bulan,” jelas Dr Yip.

Selain memastikan bahawa pakar estetik mempunyai kelayakan LCP daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia ( KKM), anda ketahui apakah kandungan pengisi kulit yang digunakan oleh klinik estetik. Pengisi kulit dari jenama yang terkenal seperti Juvéderm selamat digunakan kerana telah melalui kajian saintifik dan mendapat sijil kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia