GLAM (Malaysia)

SPEKTRUM MODEN

Definisi kemewahan hari ini dihembuska­n dengan estetika baharu yang merangkumi variasi pengalaman moden yang menyeluruh dan terkini.

-

KEHALUSAN AROMA

KOPI NICARAGUA

Dalam memberikan pengalaman luar biasa buat penggemar kopi, Nespresso memperkena­lkan Master Origin

Nicaragua La Cumplida Refinada yang merupakan sebahagian daripada rangkaian legenda Master Origins. Kesenian kopi musim edisi terhad yang pertama dari Nicaragua ini menggunaka­n teknik penapaian yang rumit dalam menghasilk­an minuman yang terbaik. Penggemar kopi yang mahukan kehalusan serta kelainan boleh menikmatin­ya tanpa susu, dan ia boleh didapati di semua stor Nespresso, aplikasi mudah alih dan laman rasmi mereka.

KOLEKSI PERKAKASAN

MEJA PERTAMA

Buat julung kali dalam sejarah 46 tahun mereka, Bonia memulakan langkah baharu dengan mengembang­kan seleksi koleksi mereka dengan rangkaian pinggan mangkuk. Dihasilkan daripada Bone China, setiap koleksi sempurna untuk digunakan dalam pelbagai acara, dari sarapan pagi kepada majlis makan malam. Ia merangkumi siri Peninsula, Merlion dan Marini yang memberi penghormat­an kepada kesenian dan kehalusan yang kekal menjadi simbol kemewahan sejati.

DISNEY+ HOTSTAR TIBA DI MALAYSIA Saat yang dinanti- nantikan akhirnya tiba di Malaysia. Walt Disney Company melancarka­n perkhidmat­an penstriman, Disney+ Hotstar yang akan menyajikan variasi fi lem dan rancangan menarik daripada label hiburan ikonik seperti Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan juga fi lem Asia serta tempatan. Bermula 1 June 2021, pengguna boleh melanggan menerusi laman rasmi dan aplikasi Disney+ Hotstar ataupun dengan langganan Astro sedia ada.

TEKNOLOGI FLEKSIBEL

Dikenali dengan kestabilan dan fl eksibiliti, Acer Malaysia memperkena­lkan komputer riba Acer TravelMate P4 yang kini didatangka­n dengan skrin fl eksibel yang boleh diputar 360 darjah. Terdapat empat kaedah pengunaan berbeza yang membenarka­n pengguna kekal produktif dalam apa jua persekitar­an. Direka khusus untuk kegunaan profession­al serta perniagaan, komputer riba ini memaparkan tahap perlindung­an yang terjamin semasa bekerja jauh dari pejabat.

PUTERI POP BAHARU

Sejak pelancaran single ‘ drivers license’, nama gadis berusia 18 tahun ini terus menguasai carta muzik dan corong radio di seluruh dunia. Olivia Rodrigo adalah generasi muzik baharu yang mempunyai bakat besar untuk mempersemb­ahkan ritma pop yang penuh impak dan dinamik. Melalui album pertamanya berjudul ‘ SOUR’, dia terus mengukuhka­n statusnya sebagai puteri pop baharu dengan taruhan single ‘ déjà vu’ dan ‘ good 4 you’ yang turut mencipta sejarah tersendiri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia