GLAM (Malaysia)

HELAIAN TIDUR YANG DINAMIK

Karl Lagerfeld menambah satu lagi koleksi yang mana kali ini fokus helaian tatkala beradu dalam ceraian yang beritma klasik parisian chic.

-

Tahun lalu menyaksika­n peralihan trend di mana, rumah fesyen berlumbalu­mba memberikan seleksi helaian bertema loungewear. Trend ini terus kekal sehingga sekarang, dek kerana masih ramai yang memilih duduk di rumah, jika tidak ada urusan penting di luar. Kerja pejabat juga dibawa ke rumah. Tetapi baju- baju pejabat tersusun dalam gerobok. Manakala digantikan dengan helaian yang lebih kasual, selesa apabila bertingkus lumus siapkan kerja di rumah. Kisah ini juga membuahkan idea pada jenama Karl Lagerfeld dalam menyajikan himpunan Karl Lagerfeld Loungewear. Fokusnya bukan sahaja pakaian di rumah, malahan ceraian pakaian dalam serta baju kamar yang chic!

Hun Kim, Pengarah Pereka di Karl Lagerfeld berkata yang dalam apa jua acara, semua gaya pasti akan bermula dengan pakaian dalam. “Kami menyifatka­n yang baju dalam serta baju kamar Karl Lagerfeld ini sebagai satu entiti yang bersendiri. Boleh dipakai di bawah baju, atau ia boleh disarung menampilka­n elemen sebenarnya. Gaya ini punya kuasa untuk mencipta satu gaya yang lebih sempurna,” ujar Kim. Helaian daripada koleksi ini mencipta gaya lebih dinamik mengikut resmi Karl Lagerfeld.

Koleksi pakaian dalam Karl Lagerfeld buat wanita memadukan elemen atletik dan seksi. Ada ceraian yang menggunaka­n fabrik berenda hitam pada katung, baju dalam dan singlet. Buat yang mahukan ceraian lebih relaks, pilihannya adalah bersifat athleisure yang menggunaka­n material yang elastik. Baju tidur pula menjelmaka­n gaya elegan Parisian. Boleh padu padan mengikut selera semasa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia