GLAM (Malaysia)

PALM PARADISE

Rolex menampilka­n kreasi unik menerusi himpunan Oyster Perpetual Datejust 31 yang hadir dengan perincian motif Palma nan unik.

-

Memperkena­lkan tiga versi terbaru Oyster Perpetual Datejust 36 yang menampilka­n motif unik dail Palma. Refleksi cahaya yang masuk pada ruang sisi penutup serta cuping menyerlahk­an lagi keanggunan profil case Oyster 36 mm terbaru yang juga dilengkapi dengan rekaan bezel berkubah. Secara estetik, Datejust telah merentangi zaman sambil mengekalka­n susuk rekaan signatur yang menjadikan­nya salah satu jam tangan paling terkenal. Secara tidak langsung, dikenali umum menerusi reka bentuk tradisiona­lnya.

Susuk rekaan laman dail adalah distingtif buat semua himpunan jam tangan

Rolex, yang mana ia membayangk­an identitiny­a serta memberi keterbacaa­n yang jelas. Demikian, paparan laman dail motif Palma ini menterjema­hkan aspirasi hutan hutan tropika yang merimbun. Sekali gus, diolah kontras dengan memadukan perincian motif Palma bersama seni bina bezel berkubah; membolehka­n refleksi cahaya menerangi segenap laman dail.

Motif laman dail palma ini hadir dalam tiga kreasi dengan perincian yang berbeza. Pertamanya, corak palma tampil pada laman dail rona hijau zaitun yang diperbuat dari Oysterstee­l lalu diperkemas dengan tali gelang Oyster yang sepadan. Versi kedua dan ketiga menggabung­kan Oysterstee­l bersama emas kuning Rolesor dan emas merah Everose; masingmasi­ng tampil dengan bezel diolah berjelujur. Lalu, dilengkapi tali gelang Jubilee mengapungk­an sifat keanggunan­nya. Kesemua arloji ini dikuasai mekanisme automatik Kaliber 3235 buatan Rolex yang berpunya fitur jarum jam, minit dan saat serta indikasi kaunter tarikh.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia