GLAM (Malaysia)

RELEVANSI FESYEN

-

Tak dinafi kan lagi, 2020 adalah tahun yang sukar bagi industri fesyen. Pusat beli- belah ditutup, label- label baharu kerugian, dan perbelanja­an konsumer tersekat. Terkadang, apa yang boleh dikatakan, masa depan industri fesyen kian tidak menentu. Belum sempat satu isu selesai, muncul satu isu yang lain.

Sebilangan besar dari kita bahkan mempersoal­kan relevansi fesyen dalam waktu- waktu sukar begini.

Saat dunia di badai pandemik, pemberonta­kan sosial meningkat, peperangan dan krisis dunia lain, apa gunanya membeli pakaian baharu? Mengapa perlunya beg tangan baharu?

Namun begitu, peranan fesyen bukan lagi tertumpu pada menjual produk- produk baharu. Bukan lagi perkara remeh atau dipandang enteng oleh sebilangan sektor.

Malah, melalui perspektif baharu, peranan fesyen kian meluas, berpengaru­h dan bersepakat mengubah pandangan dunia.

Menuju ke arah yang lebih positif. Sebaliknya, tahun 2020 dilihat sebagai peluang terbaik untuk mengolah semula kepentinga­n dan peranan fesyen, dilanjutka­n lagi dengan banyak momen- momen penting dalam fesyen. Ternyata, peranan fesyen telah are redefi ned.

Semenjak pandemik Covid- 19, pemain- pemain fesyen tidak lagi terbatas peranannya. Jika sebelum ini ada yang meletakkan stigma pada orang- orang fesyen, misalnya pereka fesyen, pemilik jenama, jurugambar, model, penata gaya, hanya tahu pakai cantik- cantik sahaja, namun tidak lagi sekarang. Mereka kini dilihat sebagai kelompok yang berupaya mengubah dunia.

Kemahiran dan ilmu yang tersemat pada mereka tak terjangkau hebatnya. Cara kebanyakan daripada mereka berfi kir sangat mengagumka­n. Terkadang membuatkan saya terfi kir, “How do they can think that way?” Dalam pada masa sekarang, muncul pula golongan fesyen baharu iaitu ‘ infl uencers’ atau pencipta kandungan digital. Yang mana, memiliki peranan yang paling besar dalam fesyen ( buat masa sekarang).

Fashion infl uencer punya pengaruh yang besar. They are not just a face of, golongan infl uencer merupakan kaedah pemasaran terpenting. Berikutan penggunaan media sosial yang sangat tinggi. Namun, disebalik kepandaian mereka mencipta kandungan Instagram, wujud juga segelintir yang kurang bijak. Yang hanya tahu untuk memiliki produkprod­uk percuma.

Isu- isu semasa bukan menjadi fokus, malah langsung tiada inisiatif untuk menyentuh atau membincang­kan isu- isu semasa. Kalau ada pun, buat semata untuk ‘ content’ bagi meraih likes dan pengikut. Misalnya, saat bumi Gaza bergolak atau isu perkauman berlaku, golongango­longan ini hanya duduk diam.

Tidak rasa terkesan atau sekurangku­rangnya menunjukka­n sokongan. Malah, terus berkongsi gambargamb­ar pakai baju atau pegang beg tangan branded yang dipinjam dari ‘ PR brands’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia