GLAM (Malaysia)

beauty age at any

Meraikan pengertian cantik bersama tiga rupawan berbeza latar dan pengalaman. Kavita Sidhu, Yasmin Hani dan Nadia Brian bercerita tentang istilah cantik luar dan dalam.

- arahan seni, penata gaya & teks KHAIRUL ABIDIN ISHAK pembantu penyelaras JULIA AZMAN gambar EDMUND LEE/ ONE3FOUR STUDIO solekan KHIR KHALID dandanan CKAY LIOW busana DIOR

kKAVITA SIDHU orangnya tinggi ( 180cm), langsing dan memang punya personalit­i yang mempesona. Pada t ahun 1990 dia mengharumk­an nama negara apabila dimahkotak­an sebagai Miss Charm Internatio­nal yang berlangsun­g di Moscow, Rusia. “Saya sendiri terkejut bila memenangi pertanding­an itu kerana pada waktu itu saya sangkakan wanita Caucasian akan menang,” kongsinya. Mula terjun ke bidang modelling seawal di bangku sekolah menengah, Kavita sudah menimba banyak pengalaman sama ada di dalam mahupun luar negara. Berkongsi dengan saya, jelas Kavita perjalanan­nya sebagai model ada mudah dan kesukaran yang tersendiri. “Dulu- dulu tidak seperti hari ini yang mana orang bercakap tentang kesihatan mental secara terbuka, dan informasin­ya pun banyak. Jika dulu kita kalau ada rasa anxiety kita simpan sendiri.”

“Sewaktu di sekolah saya ada rasa insecure sebab saya yang paling tinggi, dan kawan- kawan di sekolah panggil saya zirafah. Tapi disebabkan saya tinggi saya lebih aktif dalam sukan. Sejujurnya waktu itu saya sedikit janggal sebab saya tinggi. Saya bermula sebagai model pada usia 13 tahun, dan saya ke Paris seorang diri pada usia 18 tahun untuk melebarkan kerjaya sebagai model. Selepas beberapa tahun di sana saya balik ke Kuala Lumpur, dan saya mula rasa ada tekanan. Pressure untuk nampak kurus yang mana setiap hari pinggang kita akan diukur, pressure nak nampak cantik dan good on stage. Dari situ saya mula ada anxiety attack. Pernah sekali saya ditugaskan untuk Singapore Fashion Week yang mana ia melibatkan ramai model dari luar negara. Anxiety saya sangat teruk pada waktu itu, semalaman saya tak boleh tidur selepas fitting session. Keesokan pagi saya bangun dan balik ke Kuala Lumpur, saya ambil flight paling awal. Jam 10 pagi saya sudah di rumah. Saya maklumkan pada penganjur and of course mereka kecewa. Bila di rumah saya cakap pada ayah, saya tak sihat, itu saja.”

“Saya kira bertuah kerana abang saya seorang doktor dan dia banyak membantu saya ketika itu. Hari ini saya betul- betul okey. Dan bila kita ada rasa perasaan sebegini keluarga dan kawan- kawan sangat penting. Biarkan diri kita dikeliling­i orang- orang yang positif, yang akan memberi sokongan kepada kita. Dalam hidup memang kita akan jumpa orang toksik, seeloknya jauhkan. Media sosial ada baik dan buruknya. Bagusnya kita boleh dapat banyak informasi dan yang tidak baiknya ia juga boleh jadi faktor kepada tekanan atau depression. Guna sebaiknya,”

Saya mengajak Kavita berbicara tentang rejim penjagaan kulitnya, sebab dari dulu saya lihat kulitnya nampak sihat dan glowing. “Saya obses dengan pupur, dan setiap hari saya akan pakai mask di muka terutamany­a eye mask. Saya tidak suka sheet mask, clay mask seminggu sekali. Pupur yang saya pakai setiap hari ialah moisture mask yang mana saya akan pakai di waktu pagi. Selalunya saya akan pakai mask di muka dan lakukan kerja rumah. Suami saya dah terbiasa melihat saya begitu,” Kavita ketawa.

“Bagaimana pula dengan pemakanan?” “Saya jaga apa yang saya makan walaupun saya gila coklat. Ada masanya saya makan juga tapi saya tahu batasnya.

Saya juga selalu pastikan saya akan bawa botol air ke mana- mana saya pergi. Drink a lot of water. Saya juga sudah 15 tahun tidak makan red meat yang mana saya rasa ia sangat bagus untuk saya. Saya tidak rasa bloated dan digestion saya lebih baik.”

Jika diperhatik­an sejak 10 tahun kebelakang­an ini dunia peragaan sudah semakin terbuka. Tiada lagi kriteria tertentu dalam kelayakan menjadi model, dunia fesyen dan peragaan semakin terbuka bila mana tidak hanya terhad untuk yang kurus tinggi, Malah model bertubuh gempal juga sudah diterima baik. Apatah lagi sudah ramai model berhijab diraikan di pentas peragaan dan majalah- majalah fesyen. Saya bertanyaka­n kepada Kavita tentang keterbukaa­n ini, adakah ia juga akan diterima pakai di dalam pertanding­an ratu cantik seperti Miss Universe dan Miss World.

“This is ver y interestin­g question. Ya saya akui dunia peragaan memang banyak berubah, tapi untuk mengubah sesuatu itu perlukan masa. Miss Universe misalnya adalah satu institusi yang sudah lama. Berpanduka­n pengalaman saya, apa yang orang nampak pertanding­an ratu cantik ada kelayakan standardny­a. Pertanding­an ratu cantik adalah meraikan penglibata­n wakil dari pelbagai negara, yang mana mereka meraikan seni dan budaya dunia dan saya rasa itu satu hal yang bagus selain kerja- kerja amal yang lain. Dulu sewaktu saya menang pun saya sudah rasa ia satu yang berbeza. Ada orang gunakan big size people sebagai short factor atau sebagai gimik, dan orang kena tahu dunia peragaan dan fesyen adalah cruel business, orang memang nak tengok certain image.”

yYASMIN HANI Ismail Richardson, orangnya petah bercakap, mulutnya bagai bertih jagung. Namanya mula meniti di bibir peminat hiburan saat dia muncul sebagai pengacara di Muzik @ Ria dan sangat mashyur dengan tagline “Watchaaa”. Mesra disapa Hani, usianya menjengah ke angka 42 tahun ini. Namun, tubuhnya yang genit biarpun beranak dua, Hani tidak banyak beza dengan apa yang saya lihat di kaca TV sewaktu saya di sekolah dulu.

“Bila meningkat usia muscle kita berkurang, dan itu juga yang boleh buat kita nampak sagging. Dari segi kulit pula of course saya perlu beri perhatian pada kedut- kedut di muka. Sebagai orang yang bekerja dalam industri hiburan kita memang nak nampak cantik sebab itu yang orang nak lihat. Tapi dalam menjaga usahlah kita merubah muka sampai terlalu drastik. Lagi satu pada usia begini saya lebih prihatin dalam menjaga emosi dan mental. Saya pentingkan EQ.

“Saya suka kick- boxing sebab ia melibatkan keseluruha­n badan, sangat bagus untuk kardio tubuh. Bila buat kick- boxing saya juga ada lakukan senama- senama lain untuk perut misalnya, body weight sikit. Dan ia juga salah satu seni mempertaha­nkan diri.” Menurut Hani hari ini dia lebih banyak berlari berbanding dulu yang mana dia aktif berbasikal.

Bila diajukan pertanyaan tentang pemakanan, menurut Hani dia sudah lima tahun tidak memakan daging, baik daging ayam, lembu dan sebagainya. Sebaliknya dia lebih banyak memakan sajian ikan

dan hidupan laut yang lain bersama sayur- sayuran, telur dan tofu. Menurut Hani antara perbezaan major yang dia rasakan ialah badannya terasa lebih ringan. Bila bercakap tentang supplement pula, kongsinya dia hanya mengambil bila perlu sahaja. “Saya lihat keperluan badan saya, jika rasa mahu lebih tenaga saya akan ambil Q10, dan jika rasa macam nak demam saya akan ambil vitamin C. Saya dengar apa yang tubuh saya mahukan. Saya tidak menetapkan pengambila­n supplement setiap hari.

“Hani berdarah campuran, pan- Asian, setuju atau tidak rupa paras ini membuat Hani lebih mudah mendapat perhatian lagi- lagi waktu remaja dulu?” “Saya belajar di sekolah Cina, jadi di sekolah kita dilayan sama sahaja. Cuma mungkin rupa saya lainlah dengan orang, tapi sebab kita budak kita tak perasan benda tu. Bila dah besar sikit mula orang kejar saya ingatkan saya ni adik Julia Rais atau Ramona Rahman. Bila dah besar sikit kita juga keluar, mula naik bas, pergi mall sana- sini dan mula sedar rupa orang sebenarnya macam- macam. Saya pun mula jumpa orang yang sama macam saya, misalnya Mariam Adam kalau you masih ingat. Dulu- dulu zaman belajar selalu juga dikacau.”

“Bagaimana Hani memastikan diri Hani sentiasa positif?” “Kita kena biarkan hidup kita dikeliling­i dengan orang yang positif. Jika kita rasa ada unsur negatif, ” kita kena cepat- cepat alihkan perhatian kita. Saya dibesarkan dengan ibu yang garang. Arwah ayah pula membesarka­n anak- anak dia macam dia ada parenting book. Dia tahu macam mana nak guna reverse psychology dengan anak- anak dia. Dia tak pernah halang saya untuk buat apa- apa, tapi dia akan ajar surviving skills. Dia tak halang kita mandi lombong tapi dia ajar kita berenang sebab dia tahu budak- budak ada perasaan nak cuba semua benda. Jadi, walaupun saya diberi kebebasan saya tahu batas saya. Jika terlebih sikit saja saya akan ingat ayah saya. Saya tahu borderline saya. Nak kekal positif kita carilah kawan- kawan yang positif, bunyinya cliche tapi kita boleh baca buku self- help atau dengar podcast. Do something fun dan jangan ada rasa dengki apda orang lain. Hari ini tak ramai yang nak invest pada masa dan usaha, semua nak cepat saja.”

nNADIA BRIAN baru sehari menjengah usia 30 tahun sewaktu penggambar­an ini dilangsung­kan. Orangnya putih gebu, berperwata­kan sangat lembut dan dalam bekerja sangat memudahkan. Saya sudah lama mengenali Nadia, dan sudah beberapa kali melakukan penggambar­an dengannya. Satu perubahan ketara yang saya lihat padanya adalah kulit wajahnya. Dulu pernah sekali kulitnya ‘ berlubang’ dan berjerawat, tapi hari ini kulit wajahnya berbeza, licin dan mulus, bezanya ketara. Menurut Nadia bermacam- macam cara diusahakan, sampaikan tidak tahu yang mana satu memberi kesan kerana semuanya dicuba. Alhamdulil­lah usahanya itu memberi hasil.

Bila membuka mulut berbicara tentang kecantikan, menurut Nadia dia percaya kepada kecantikan itu bermula dari dalam. “Saya makan supplement seperti multivitam­in, fish oil, vitamin C dan saya banyak minum air kosong. Bila umur meningkat metabolism­e pun berkuranga­n jadi kita sendiri kena naikkannya dengan penjagaan makanan dan juga bersukan.”

Menurut Nadia dia orang yang tidak betah duduk sahaja, jika terasa lama duduk di rumah bermalas- malas dia rasa bagai ada yang tidak kena. “Setiap hari wajib untuk saya keluarkan peluh. Di rumah saya ada booty band dan saya gunakan itu sebagai alat bantuan untuk bersenam. Saya biasakan diri dengan glute workout dan jadikan YouTube sebagai panduan.” Bila disoal tentang pemakanan, menurut Nadia sudah dua tahun dia tidak makan nasi putih sebaliknya digantikan dengan beras perang dan paling yang digemariny­a ialah kuskus. “Tapi bila ada kenduri atau Hari Raya ke. saya makanlah juga. Tapi lepas tu pandai- pandai kita jaga. Lagi satu kita sendiri kena kenal badan kita, macam saya kalau salah makan atau terlebih snek, muka saya mudah naik jerawat.”

Kongsi Nadia l agi dia sudah ‘ bergeluman­g’ dengan dunia kecantikan seawal usia 16 tahun. Dia menyambung persekolah­an di Sekolah Teknik Kuala Kangsar dalam jurusan kecantikan, jadi sejak sekolah dia suah terbiasa dengan hal- hal kecantikan. “Untuk jumpa produk yang sesuai dengan kita, kita kena cuba bermacam- macam produk sehingga jumpa yang serasi. Dan kalau boleh produk penjagaan kulit yang kita pakai pilihlah yang diperbuat daripada bahan semula jadi atau organik. Kita dan selalu bersolek, bahan- bahan mekap selalunya ada bahan kimia, jadi nak seimbangka­nnya kita bersih dan belai muka dengan produk natural.”

“Selalunya saya amalkan double- cleansing. Pertama untuk bersihkan mekap kemudian untuk cuci muka secara keseluruha­n. Kita perlu ambil masa untuk belai diri, bila kita berlama- lama membelai kulit secara tidak langsung sebenarnya kita menghargai diri sendiri. Take our own sweet time . Sebulan sekali saya akan pergi buat rawatan muka.”

“Bagaimana Nadia pastikan diri kekal positif?” “Siapa orang di sekeliling saya? Saya perlu pastikan saya bergaul dengan orang yang boleh beri saya nilai positif. Alhamdulil­lah keluarga saya sangat menyokong, begitu juga dengan kawan- kawan. Ibu saya menyambung pelajaran dalam bidang psikologi, jadi dia pun banyak membantu. Bila perlu saya akan berjumpa kaunselor. Di Malaysia kita ada dua Jenis kaunseling, satu yang menggunaka­n teori moden dan satu lagi yang menggunaka­n pendekatan agama. Saya cuba kedua- duanya. Apa yang berlaku sebelum ini saya banyak dapatkan khidmat kaunselor. Bila berjumpa dengan kaunselor yang berkaitan agama, mereka akan kongsikan ayat- ayat yang elok untuk kita amalkan. Bila stres, bernafas pun ada tekniknya untuk kita paraktikka­n supaya kita berasa tenang.” Sebelum mengakhiri bicara cantik kami, Nadia sempat berkongsi satu amalan cantiknya. “Saya akan selitkan minyak essential bunga mawar dalam apa- apa rutin kecantikan saya. Saya titiskan dalam pencuci muka dan krim pelembap misalnya. Setitis sudah cukup sebab bunga mawar ada auranya tersendiri. Bunga mawar dan perempuan memang ada hubung kait yang kuat,” kongsinya.

 ??  ?? GLITZ & GLAMOUR RIASAN PENUH GLAMOR PADA MATA DAN BIBIR, KEDUA- DUANYA TAMPIL BERKILAUAN. DANDANAN KAVITA TAMPIL PENUH VOLUM DAN SEDIKIT IKAL, BILA DITIUP ANGIN GAYANYA JADI LEBIH EKSTRAVAGA­NZA
GLITZ & GLAMOUR RIASAN PENUH GLAMOR PADA MATA DAN BIBIR, KEDUA- DUANYA TAMPIL BERKILAUAN. DANDANAN KAVITA TAMPIL PENUH VOLUM DAN SEDIKIT IKAL, BILA DITIUP ANGIN GAYANYA JADI LEBIH EKSTRAVAGA­NZA
 ??  ?? DISCO FUNK
SERBA SERBI EKSTRA BAIK PADA MATA, PIPI DAN JUGA DANDANANNY­A. GAYA
INI TERINSPIRA­SI PADA KERANCAKAN RITMA FUNK DAN DISKO DI ERA 80- AN YANG SARAT DENGAN MAINAN WARNA JUGA RAMBUT KERITING MENGERBANG.
DISCO FUNK SERBA SERBI EKSTRA BAIK PADA MATA, PIPI DAN JUGA DANDANANNY­A. GAYA INI TERINSPIRA­SI PADA KERANCAKAN RITMA FUNK DAN DISKO DI ERA 80- AN YANG SARAT DENGAN MAINAN WARNA JUGA RAMBUT KERITING MENGERBANG.
 ??  ?? POWERFUL DUO
GANDINGAN BIRU DAN MERAH BUKANLAH SATU GANDINGAN LAZIM DALAM RIASAN MATA NAMUN BILA SESEKALI ‘ DIKAHWINKA­N’ MENCIPTA GAYA BOLD NAMUN TIDAK PELIK. GINCU MERAH MEMBUATKAN SOLEKAN INI LEBIH POWERFUL. CEMARA ALA CHINA- DOLL BUAT GAYA INI JADI CHIC
POWERFUL DUO GANDINGAN BIRU DAN MERAH BUKANLAH SATU GANDINGAN LAZIM DALAM RIASAN MATA NAMUN BILA SESEKALI ‘ DIKAHWINKA­N’ MENCIPTA GAYA BOLD NAMUN TIDAK PELIK. GINCU MERAH MEMBUATKAN SOLEKAN INI LEBIH POWERFUL. CEMARA ALA CHINA- DOLL BUAT GAYA INI JADI CHIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia