GLAM (Malaysia)

MOST GLAM & ALPHA MEN 2021

-

HHampir sedekad di GLAM, sudah berpuluh wanita saya rakamkan buat acara tahunan yang paling ditunggu- tunggu. Para pembaca setia GLAM pasti t ahu s enarai Most GLAM. Satu anugerah yang GLAM berikan kepada wani t a- wanita t erulung dalam s et i ap l apangan mereka. Bukan sahaja diberikan gelaran Most GLAM kepada selebriti, malahan ada juga ibu yang menghabisk­an masa mengurus rumah pernah tersenarai dalam Most GLAM. Ibu juga satu pekerjaan yang tidak boleh kita pandang kosong. Lagi- lagi ibu yang bijak berfesyen dan mahir dalam menjaga hal ehwal rumah mereka. Selebriti pula, bukan hanya kelas A sahaja. GLAM suka beri kejutan dengan memberi highlight pada personalit­i dunia hiburan yang mempunyai je ne sais quoi tersendiri. Tidak perlu selalu keluar televisyen, tetapi cukup dengan hasil kerja resume yang membanggak­an.

Kali ini, Most GLAM kembali dengan satu ombak baharu. Buat julung kalinya kami gabungkan dengan Alpha Men. Satu apresiasi yang dilaksanak­an oleh GLAM Lelaki. Menghargai bintang- bintang perdana tahunan. Satu lembaran penuh dengan karakter yang kami segani. GLAM kumpulkan 10 anak muda bawah 35 tahun yang ligat dalam arena perniagaan masing- masing. GLAM sengaja memilih bintang- bintang bawah 35 tahun untuk memberi semangat kepada anak muda lain yang sekarang ini menjadi pembaca utama GLAM. Selari dengan anjakan demografi GLAM, amatlah sesuai semua barisan Most GLAM & Alpha Men GLAM Lelaki ini muda belaka. Pada usia 20- an mereka sudah membina empayar perniagaan sendiri. GLAM tabik dengan setiap usaha mereka, kerana memang membuahkan hasil.

Kami rakamkan 10 bintang Most GLAM & Alpha Men ini selama dua hari mengikut SOP yang cukup ketat.

Mereka hadir pada slot masa yang berbeza dan ujian RTK dilakukan sebelum menjejak masuk ke studio. Inilah dunia baharu yang pasukan kreatif jalankan. Sewaktu penggambar­an, sempat saya berbual dengan mereka. Apabila bertanya tentang perniagaan masing- masing berborak penuh ghairah. Mereka bukan borak kosong. Bersinar mata Shalma Ainaa apabila berbicara tentang SHALS yang sudah masuk 10 tahun. Kongsinya akan mengadakan satu kejutan tahun hadapan sebagai tanda sedekad jenamanya ada di pasaran. Brian Khoo pula kini sibuk membina koleksi lelaki yang lebih padat. Saya boleh pastikan setiap hasil kerja Brian cukup kemas, seperti label luar negara.

Saya percaya untuk menggapai kejayaan, ia bukan boleh terjadi dalam satu malam sahaja. Perit perjalanan yang mereka lalui untuk membina nama hanya diri sendiri sahaja yang tahu. Mereka ini juga pernah mengalami kegagalan, tetapi tidak membuatkan untuk berhenti daripada terus ke puncak tertinggi. GLAM mahu terus membakar semangat semua untuk tidak pernah berhenti mencuba, mendaki ke gunung kejayaan, juga diberkati dengan doa orang tersayang. Itu bagi saya adalah resepi untuk kita mencapai kejayaan yang diidamkan. Kita semua mempunyai masa hadapan yang cerah, cuma perlu dilakari dengan usaha yang tidak pernah padam. Juga, jangan pernah berhenti untuk bermimpi kerana tanpanya, hidup adalah sia- sia.

 ?? ??
 ?? ?? PENGARAH KREATIF
PENGARAH KREATIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia