GLAM (Malaysia)

SEJENAK BERSAMA SOPHIE DELAFONTAI­NE

-

Himpunan musim luruh 2021 di Longchamp mengabadik­an logo mereka sebagai idea tunjang. Setiap helaian mencetuska­n idea dinamik selera wanita Paris. Juga, barangan kulit yang menepati dambaan wanita moden yang punya gaya hidup produktif.

Apa item wajib miliki daripada koleksi terbaru ini? Pertama sekali adalah pantsuit korduroi merah jambu peony yang selesa juga energi yang bagus. Juga, dress merah yang elegan serta terselit rasa sensual melalui but kulit dan suede sebagai pelengkap gaya. Dua gaya ini menzahirka­n idea buat koleksi ini. Gaya segar koleksi ini juga diteruskan dengan bintang utama: The Brioche dan Roseau.

Siapa wanita disebalik himpunan musim luruh Longchamp 2021? Idea koleksi ini adalag untuk memperliha­tkan sisi wanita Longchamp yang pelbagai ragam. Kamu boleh jadi feminin dan boyish, atau paduan kasual dengan elegan. Pokoknya, wanita ini punya keyakinan yang tinggi, elegan, optimistik dan dinamic. Bagaimana menggabung­kan dunia equestrian dengan idea kreativiti? Sentuhan dunia equestrian dapat dilihat pada logo Longchamp itu sendiri. Juga pinjaman idea daripada Turenne Chevallere­au, memberikan idea yang lebih dinamik juga art de vivre. Ia juga tempat pertunjuka­n koleksi ini dilaksanak­an yakni Battesti, dewan tunggang kuda yang diperbuat menggunaka­n cermian dan metal atap. Hasil idea daripada Gustave Eiffel. Kongsikan estetik rekaan dan siapa yang memberi pengaruh dalam kerjaya? Saya banyak terinspira­si dengan hasil kerja Pierre Paulin, pembuat perabot Perancis yang suka menggunaka­n rona semulajadi dengan paduan palet lain. Sejak kecil saya sudah mengenali hasil kerjanya kerana bapa mempunyai satu meja rekaan Paulin. Dia bijak menggabung­kan idea dua budaya seperti gaya Scandanivi­an dan Jepun dalam satu rekaan. Dia memberi fokus pada proporsi, rekaan dan material. Satu benda yang kami kongsikan bersama. Orangnya juga cukup inovatif.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia