GLAM (Malaysia)

DARI MENTAL

-

Apa yang kita buat untuk cantik? Adakah usaha kita mencantikk­an diri seiring dengan apa yang kita lakukan untuk sihat? Pada saya ia berkait, kerana kalau mahu badan yang cantik kita kenalah rajinrajin mengeluark­an peluh, mencatu makan minum, mana yang patut dilebihkan dan yang mana harus dikurangka­n. Begitu juga dengan kecantikan kulit, bukan cuma perlu oles produk yang sesuai pada muka semata, gaya hidup juga ada hubung kaitnya; rokok, alkohol, kurang rehat semuanya memberi kesan kepada kulit selain daripada soal hormon.

Kita selalu fokus kepada soal kecantikan fi zikal dan dalaman, dan ramai sudah pun pandai, yang tahu nak cantik dan nak sihat semuanya bermula dari dalam. kamun ramai juga terlupa yang kecantikan dan kesihatan dalaman itu bukan soal menjaga makan minum, pengambila­n supplement atau rejim harian mahupun gaya hidup, ia juga berkaitan dengan minda. Positiviti bermula dari mental. aulu hal kesihatan mental tidak dibincangk­an, dan ramai menganggap ia isu remeh, yang terlalu dalam untuk difi kirkan. kamun sejak pandemik Covid- 19, soal kesihatan mental mula meraih tempat, didiskusi secara terbuka dan mata masyarakat juga mula terbuka untuk melihat hal ini lebih dalam. Biasalah, bila dah ada yang mati, barulah kita tergadah. Keadaan stres yang melampau atau depresi antara pemula kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan. Situasi pandemik membuatkan sesetengah dari kita rasa jauh dari sokongan keluarga dan rakan juga boleh menjadi punca. Mengikut sumber Polis airaja Malaysia, sejak tahun lalu kes bunuh diri naik, mencecah 631, dan untuk tahun ini, setakat Mac angkanya sudah separuh dari angka tahun lalu. Pastinya pertambaha­n ini mencetus rasa bimbang, dan kita sebenarnya tidak boleh ambil mudah hal ini takkan berlaku di kalangan kenalan rapat kita. Sesiapa saja ada potensi dan kecenderun­gan kepada isu ini andai tidak dibendung dari awal. Bagi saya, kesihatan mental harus diletakkan sebagai titik tumpu dalam cara kita mengurus diri. Itu adalah pusat pemelihara­an diri. Elok minda, eloklah diri kita. Sama macam tubuh, mental juga perlu dihadamkan dengan ‘ makanan’ yang sihatsihat. Kalau benda yang tak elok, campakkan ia jauh- jauh, usah difi kir- fi kir. Tapi saya tahu ia bukan senang, saya sendiri punya sikap ‘ overthinki­ng’, yang akhirnya membuat saya hilang tumpuan, fokus terganggu. Bulan ini seluruh dunia akan meraikan hari kesihatan mental, yakni pada 10 lktober. Ia bukan satu keraian tapi satu peringatan kepada diri kita bukan hanya menjaga kesihatan minda sendiri tapi sama peka dengan keadaan orang sekeliling kita. iihat jika ada kawan- kawan kita yang berbeza perangainy­a dari selalu. Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan, sukar menumpukan perhatian pada rutin harian biasa dan mengasingk­an diri daripada keluarga dan teman adalah antara tanda- tanda kemurungan. Bertindakl­ah dengan cepat, jika ada masalah kongsi dengan mereka yang boleh dipercayai. Ingatlah, tiada masalah yang tak boleh diselesaik­an, cuma kadang- kadang kita kabur dalam mencari penyelesai­an.

 ?? ?? DIOR BACKSTAGE LIP MAXIMIZER
teks KHAIRUL ABIDIN
DIOR BACKSTAGE LIP MAXIMIZER teks KHAIRUL ABIDIN
 ?? ?? CALVIN KLEIN DEFY
CALVIN KLEIN DEFY
 ?? ??
 ?? ?? FRÉDÉRIC MALLE SYNTHETIC JUNGLE BY ANNE FLIPO
FRÉDÉRIC MALLE SYNTHETIC JUNGLE BY ANNE FLIPO
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia