GLAM (Malaysia)

GRAND TOUR

Intip keindahan dunia luar. Semangat kembara digabungka­n dengan sifat ingin tahu, perluaskan visi dan misi Le Grand Tour. Diptyque singkapkan kisah mengembara dalam skop lebih artistik nan eksklusif.

-

teks JULIA AZMAN gambar DIPTYQUE

Dalam meraikan ulang tahun yang ke- 60, Diptyque bariskan koleksi edisi terhad yang dihasilkan dengan penuh formasi artistik cukup luar biasa dan bermakna. Sudah sekian lamanya, progresif melihat melalui kanta dunia tersemai indah, melaluinya pelbagai ilham atau sumber inspirasi yang mengetenga­hkan pengalaman seni penuh kontempora­ri.

Diptyque bawakan anda satu pengalaman istimewa melalui Grand

Tour yang melewati beberapa destinasi impian sebagai inspirasi, antaranya Paris, Venice, Milies, Kyoto dan Byblos. Kota yang menjadi tick- point anda satu hari nanti kita menjadi kenyataan.

Kota Paris, segalanya bermula di halaman depan Notre Dame de Paris terletakny­a kompas bunga ros tersergam gah. Siluet bunga ini menghiasi lilin 190g, sebagai satu penghormat­an buat ibu kota penuh bersejarah ini. Setiap perinciann­ya seperti warna dan aroma oleh Olivia Giacobetti, bangkitkan mood bersejarah dan tersendiri.

Kota Venice seperti terpesona dengan misteri suasananya. Tahun 2021, Venice hadir serba kehijauan yang mengambil aroma bumi serba segar yang bercampur sempurna bersama paprika, buah tomato dan sitrus. Sesuai sekali dengan kesegaran di pagi hari. Wangian ini hadir dalam botol travel- set yang direka oleh Cécile Matton turut punya beg pengisian botol, mudahkan pengunaann­ya.

Kota Milies yang terletak di Yunani, Gunung Pelion ini mengambil masa pelayaran selama empat tahun. Merupakan destinasi percutian pilihan buat pengasas Diptyque. Aroma segar, pepohon cemara dari ladang ara pengikat kenangan abadi sepanjang perjalanan menuju ke laut. Kenangan ini terukir indah untuk perhiasan rumah dalam bentuk bujur berwarna putih dan biru laut dihiasi rumbai dan tali manik yang dilhamkan oleh rakyat tempatan dan kalungnya pula oleh Christiane Montadre- Gautrot. Aromanya cukup memikat hati.

Kota Kyoto destinasi mewah nilai estetik. Kota inspirasi seni dan sejarah ikebana menjadi sumber inspirasi buat Diptyque kerana seperti mengembali­kan kod seni bunga kuno yang mengimbang­i haruman mewah antara incense, ros dan vetiver yang direka oleh Alexandra Carlin. Botolnya pula dibungkus mengikut teknik furoshiki, dalam kain yang dicetak motif bunga Sarayi.

Kota purba Byblos, pernah dikunjungi oleh Yves dan Desmond pada 1960 mengimbau kembali kala berada di pelabuhan tertua dunia dan merupakan salah satu hentian di laluan ke Timur. Aroma daripada pelabuhan diadaptasi untuk lilin 300g yang direka oleh Fabrice Pellegrin, seperti bau kopi kapulaga, atlas cedar, white musk dan cardamom melewati aroma serba unik.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia