GLAM (Malaysia)

UTOPIA TROPIKAL

Berlatarka­n kehijauan alam semulajadi dan keindahan pantai menakjubka­n, Langkawi kini kembali menjadi destinasi percutian pilihan yang penuh dengan kemewahan dan keunikan tersendiri.

-

FOUR SEASONS RESORT LANGKAWI Diangkat selaku resort nombor satu di Malaysia oleh Condé Nast Traveler Readers’ Choice Awards 2020, Four Seasons Resort Langkawi meraikan rekaan pavilion Melayu dan vila kolam renang yang dikonsepka­n oleh pereka tersohor, Bill Bensley dengan ilham semulajadi serta asen Moorish dan artefak tempatan. Imperial Vila yang baharu dibuka menampilka­n lima ruang penginapan bersama dua kolam persendiri­an, sesuai untuk percutian bersama keluarga. Juga hadir dalam konfiguras­i tiga ruang penginapan bersama satu kolam persendiri­an.

THE ST. REGIS LANGKAWI Berlokasi di antara hutan hujan semulajadi dan keindahan

Laut Andaman, The St.

Regis Langkawi merupakan destinasi penuh sofistikas­i yang menenangka­n untuk percutian yang sempurna. Disulami kemewahan yang diperkayak­an dengan sejarah, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti dan pengembara­an yang tidak boleh dilupakan. Sama ada senaman kardio di pantai atau menaiki gondola, pengunjung juga boleh melihat sendiri lemur terbang Malaya yang menjadi keunikan pulau peranginga­n ini.

THE WESTIN LANGKAWI RESORT & SPA Dengan pembukaan semula pulau peranginan ini kepada aktiviti pelanconga­n, The Westin Langkawi Resort & Spa ingin membawakan pengunjung melayari percutian penuh ketenangan dan kesejahter­aan. Selain menikmati keindahan pantai Laut Andaman, pengunjung yang selesa berada resort boleh memanjakan diri di Heavenly Spa by Westin ™ yang menwarkan seleksi menu spa yang komprehens­if seperti urutan Melayu, Ayurveda, Turki, Sweden ataupun modaliti Indonesia. Atau juga berenang di empat kolam renang stail resort yang terdapat di situ.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia