GLAM (Malaysia)

POSITIF COVID- 19, PECAH TEMBERANG DATO’ SERI BERBINI DUA

Satu keluarga positif Covid- 19, benarkah virus ini datangnya dari Nina, gadis berasal dari Golok, isteri muda Dato’ Seri Hairi?

-

Terma BMW ( Black Market Wife) bukan suatu yang asing bagi mereka yang sering menyorok bini muda dari pengetahua­n isteri pertama. Dahulu, mudah kita simpan rahsia sebegini, anda terselamat bila tiada aplikasi jejak lokasi di install dalam telefon pintar pasangan. Kini, setiap langkah kita dicatat dalam aplikasi MySejahter­a, nak padam pula sukar sekali. Pendek cerita, banyaklah yang perlu dilakukan untuk memadam sejarah pergerakan kita. Tapi selalunya, kita akan tetap lupa.

Pasangan yang punya masalah trust issue sememangny­a mengambil kesempatan atas kewujudan aplikasi ini. Ada baik dan buruknya juga, bukan? Selain dapat menjejak dari mana virus Covid- 19 datang, anda juga boleh melihat pergerakan insan tersayang. Termasukla­h jika anda mempunyai anak remaja yang kian membesar.

Panjang mukadimah Datin X. Namun apa yang mahu dikongsi buat edisi bulan ini bermulanya dari aplikasi inilah. Pernah Datin X disoal, “Bagaimana nak padam sejarah pergerakan di MySejahter­a?” Sejujurnya, Datin X tak pernah memikir tentangnya kerana tiada alasan untuk

Datin X padam kerana ia seakan pointless untuk melakukann­ya jika anda mahu menggunaka­n aplikasi ini dalam rutin harian. Sejarah itu perlu untuk menjejak dan memberitah­u kontak rapat jika kita antara yang bernasib malang terjangkit penyakit yang kian berleluasa sekarang ini.

Dato’ Seri Hairi, figura ternama dan dihormati. Si isteri sering menunjukka­n keakraban mereka di media sosial. Berpeganga­n tangan, berkucup manja dan tidak lupa bila masing- masing menghadiah­kan barangan berjenama tiap kali menyambut ulang tahun kelahiran dan perkahwina­n. Kalau sebelum pandemik, pusing satu dunia itu adalah rutin bulanan mereka. Semua ini menjadi suapan media sosial. Datin X sendiri mengakui ada sedikit rasa cemburu bila melihat kemesraan ( dan kemewahan) yang terjalin antara mereka walau sudah berdekad menjalin cinta.

Tiada siapa menyangka Dato’ Seri Hairi main kayu tiga dan Datin Seri Leila ditipu bulat- bulat. Sikap pijak semut pun tak mati si suami, membuat Datin Seri Leila terkujat bila mendapat tahu tentang perbuatan suami di belakangny­a.

Patutlah liat sungguh bila disuruh install aplikasi MySejahter­a. Alasan terdahulu, katanya mahu install di telefon baru. Bila sudah ada Samsung FLIP3 5G di tangan, masih susah mencari masa untuk install. Datin Seri Leila bukan sejenis check telefon suaminya, namun dek kerana mahu berhatihat­i, dia menolak untuk install aplikasi ini. Rupa- rupanya ada udang di sebalik batu! Dato’ Seri Hairi yang sibuk dengan aktiviti harian dan projek nan juta- juta masih lagi sibuk mahu berbini dua. Hairan betul

Datin X! Datin Seri Leila itu bukan sahaja jelita, body masih maintain macam anak dara walau sudah beranak dua! Namun masih si suami mahu mencari yang lain.

Nak dijadikan cerita, Datin Seri Leila dan anak- anak didapati positif Covid- 19. Kasihan bila anak- anak yang hanya duduk diam- diam di rumah, langsung tidak keluar main terkena tempias virus ini. Dia sendiri hanya keluar bila perlu dan sering menjadi kebersihan, memakai mask dan sanitize- all- the- time ( Datin Seri Leila ini sedikit OCD) dan akan cepat paranoid dengan kekotoran. Dari mana datangnya virus ini? Untuk menyedapka­n hati, mereka menyalahka­n varian DELTA yang sering diperkatak­an baru- baru ini. Tahap oksigen Dato’ Seri Hairi turut menjunam. KKM menjejak sejarah pergerakan mereka dan segera menyuruh mereka memberitah­u kontak rapat agar segera melakukan swab test. Semakin hari, tahap kesihatan Dato Seri Hairi menurun manakala Datin Seri Leila dan anak- anak mulai sembuh dan dibenarkan pulang.

Datin Seri Leila membawa barang milik suaminya pulang kerana Dato Seri Hairi perlu ditidurkan bagi membantu tahap oksigennya pulih seperti sedia kala. Sudah hampir dua minggu Dato’ Seri Hairi di hospital, telefon tidak pernah dibuka.

Tanpa sebarang niat, Datin Seri Leila mengecas telefon suaminya dan apabila hidup bernyala, deringan mesej masuk menderu- deru. Datin Seri Leila terpanggil untuk melihatnya. Alangkah terkejutny­a bila melihat mesej dari madunya, Nina dan lebih menakutkan lokasi ( menurut sejarah MySejahter­a) yang dituju suaminya setiap hari adalah pada alamat yang sama. Nina, gadis 25 tahun berasal dari golok. Mereka berdua bernikah tanpa persetujua­n Datin Seri Leila. Dari mana mereka berjumpa masih belum diketahui kerana ketika ini, Dato’ Seri Hairi masih di kuarantin dan mereka tidak berhubung sebaik Datin Seri Leila mengetahui dirinya dimadukan.

Persoalan belum lagi terurai. Dari mana datangnya Nina? Berapa lama mereka sudah bersama? Adakah penyakit berbahaya ini terjangkit daripada dia? Datin X juga masih menunggu jawapannya...

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia