GLAM (Malaysia)

JEMPUTAN GLAM

- ilustrasi HIDAYAH AHMAD SURASA

CAT YONG Sudah 15 tahun Cat Yong beraksi dalam arena jurusolek. Khidmat magiknya digunakan untuk penggambar­an filem, drama, komersial hingga ke ruangan majalah. Bukan sahaja lincah di dalam negara dengan klien seperti GLAM, Chanel, Dior dan YSL. Yong juga menjadi pilihan produksi luar, seperti menjadi jurusolek buat filem Crazy Rich Asian dan drama terbitan buat United Kingdom yakni Forieng Bodies dan Our Girl.

RAIMI SANI Lahir pada 1992, Raimi Sani mempunyai ijazah dalam jurusan Seni Halus. Teknik lukisannya cukup indah dengan mengabadik­an pelukis kegeramann­ya seperti Rembrandt, Johan Barrios dan Nick Alm sebagai sumber inspirasi. Tahun lalu dia melahirkan seorang cahaya mata dan sempat melukis enam lukisan berkisar anak lelakinya. Pameran bertajuk Prominence dipamerkan di galeri G13 pada awal 2021.

AARON LEE Bergelar jurugambar sejak 20 tahun yang lalu dan kini menjadi pengasas buat sebuah studio produksi bernama Lensworks Production. Studio komersial ini memberi pengkhusus­an pada projek fesyen fotografi dan iklan komersial. Aaron sudah merakam banyak kempen fesyen ikonik lokal termasukla­h buat Rizalman Ibrahim, Nurita Harith dan Rizman Ruzaini.

SHAMAINE OTHMAN Sudah berkecimpu­ng dalam dunia TV dan filem selama lapan tahun dengan menjadi penulis, pelakon, penerbit juga pengarah. Antara hasil kerja Shamaine Othman adalah The Disko Baldi Show, Keluarga Pontimau, Kasut Bola Pink dan Suka Lattew. Pernah menang anugerah di BOH Cameronian melalui kumpulan komedinya, Projek Disko Baldi.

FARAH DINANA Mengorak langkah di dalam dunia penataan gaya sejak tahun 2017 dan kini dia telah ‘put her stamp’ pada klien seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Mira Filzah, Ella, Neelofa and the list goes on. Graduan Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Ijazah Seni Reka Fesyen ini telah menukar impiannya menjadi kerjaya dan akan kekal fokus dalam industri ini sambil menguruska­n syarikatny­a, Dinanaspla­y.

 ?? ?? SHAMAINE OTHMAN
CAT YONG
FARAH DINANA
RAIMI SANI
AARON LEE
SHAMAINE OTHMAN CAT YONG FARAH DINANA RAIMI SANI AARON LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia