GLAM (Malaysia)

BUSANA; TANGGUNGJA­WAB SIAPA?

- Teks SHAMAINE OTHMAN

Apabila saya dihubungi oleh Aizat Aidid, untuk menulis sebuah op-ed tentang industri filem/televisyen tempatan dan para pelakon yang terlibat, saya mengaku otak kusut seketika - apakah topik yang saya ingin sampaikan kepada pembaca setia majalah yang penuh gaya dan trend fesyen terikini ? Pada masa yang sama ada banyak perbincang­an di laman-laman media sosial tentang masalah pelakon tempatan yang terpaksa membawa baju mereka sendiri ke set penggambar­an. Ramai peminat rancangan TV dan filem tempatan bertanya adakah ini realiti industri perfileman di mana pihak produksi tidak menyediaka­n busana yang lengkap kepada pelakon ? Jawapannya adalah benar.

Dengan pengecuali­an filem tempatan yang berbajet besar, kebanyakan produksi tempatan tidak mempunyai peruntukan besar untuk menyediaka­n busana yang lengkap untuk para pelakon. Akibatnya, penonton-penonton mula perasan pelakon-pelakon asyik memakai baju yang sama untuk memainkan watak-watak yang berbeza dan kadang-kadang pelakon memang kelihatan begitu janggal. Cuba bayangkan seorang jurutera pergi ke tapak pembinaan memakai baju eksekutif dan bertumit tinggi ? Walaubagai­manapun ada beberapa siri yang berjaya mendapat sponsor tetapi rekaan busana bukan hanya saja menyarung pakaian yang ditaja?

Rekaan busana selalunya membantu melengkapk­an visi penata seni sebuah produksi- pemilihan kostum atau pakaian yang tepat dapat meninggalk­an kesan efektif kepada penonton. Apabila pemilihan atau rekaan busana dicapai melalui proses penyelidik­an dan pemahaman naskah/skrip, penataan seni akan tampak lebih menyerlah. Contohnya, tracksuit kuning yang dipakai oleh Uma Thurman dalam filem Kill Bill, dress putih Marilyn Monroe dalam filem The Seven Year Itch dan siapa tidak boleh lupa pelbagai gaya ‘ikonik’ dari siri Sex and The City, hasil tata gaya pereka kostum terkemuka, Patricia Field. Baru-baru ini, penggunaan tracksuit hijau dan juga overalls merah dari siri popular Korea Selatan, Squid Game telah mendapat sambutan hebat.

Drama bersiri Sex and The City adalah contoh baik apabila pereka busana bekerja sama dengan pelbagai jenama fesyen - dari high street ke haute couture- setiap episod bagaikan runway fashion show tersendiri. Rancangan bersiri di TV selalu akan dimasukkan dalam zeitgeist semasa - jadi memang wajar untuk mempamerka­n fesyen yang tepat dalam drama- drama bersiri kami.

Ada beberapa karya tempatan yang pernah menggunaka­n stylist sebagai costume designer seperti Min Luna untuk filem Gol dan Gincu 2 dan Jiman Casablanca­s untuk drama bersiri, I Eat KL. Bila menonton watak-watak memakai pakaian yang sesuai dan bergaya dapatlah saya merasa ‘visual feast’. Baru-baru ini saya sempat menonton Mencari Rahmat, sebuah filem indie, arahan Al Jafree Md Yusop - begitu sayangnya adaptasi tempatan karya Oscar Wilde ini tidak mempamerka­n pemilihan kostum yang tepat dan sesuai dengan lokasi-lokasi yang digunakan. Kadang-kadang ada juga rasa pemilihan kostum untuk watak-watak tersebut tidak konsisten dan mereka lihat mereka berada dalam filem yang berbeza-beza.

Jadi bagaimana ? adakah kostum atau busana karya skrin tempatan akan sentiasa menjadi mangsa akibat peruntukan wang yang tidak mencukupi ? Jika kami ingin melihat karya- karya skrin ini di persada antarabang­sa - can’t we at least look good while we’re at it ?

Mungkin pihak stesen boleh bekerja dengan laman-laman fesyen yang popular di Malaysia ataupun jenama-jenama fesyen tempatan lebih pemurah untuk berkolabor­asi dengan produksi-produksi tempatan. Lagi satu cara adalah untuk bekerjasam­a dengan seorang pereka tempatan untuk mereka kostum watak utama di dalam sebuah filem dan beri hak kepada si pereka fesyen untuk membuat ‘capsule collection’ hasil inspirasi karya skrin tersebut. Pihak penerbit juga perlu sedar betapa pentingnya peruntukan khas perlu disediakan untuk rekaan busana yang sempurna. Mungkin mereka perlu menegaskan kepada pihak stesen atau pemodal untuk memberi peruntukan lebih khas untuk rekaan busana. Bukan tugas seorang pelakon untuk pening kepala memikir tentang apa yang dipakai. Ini adalah tugas pereka busana - berikan mereka ruang dan sumber yang seeloknya untuk mereka berkarya dengan penuh kepuasan agar karya skrin tempatan kembali indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia