GLAM (Malaysia)

Pria Horologi TERHANGAT

Punya keterampil­an diri dan imej yang berkarisma. Tambah lagi status kerjaya nan unggul membuatkan pria-pria ini menjadi rebutan.

- teks ZUHAIRIE SAHROM gambar LONGINES, MONTBLANC & TAG HEUER

Seiring dengan status mereka yang hebat dalam kerjaya juga punya imej yang mengagumka­n. Tidak hairanlah mengapa barisan jejaka ini menjadi pilihan jenama arloji tersohor untuk menjadikan wajah jenamanya. memilihan mereka mengambil kira populariti, sukses, gaya hidup serta impak positif yang boleh mereka cerminkan; tatkala mendukung konsep jenama yang diwakili.Ayuh, kenali tiga ambasador horologi terhangat masa kini!

AMBASSADOR OF ELEGANCE Regé-Jean mage terkenal menerusi perannya sebagai Duke of Hastings. dayanya yang senantiasa tampil kemas lagi tampan terpilih untuk memperanta­rai moto Longines, ‘blegance is an attitude’ . Tidak dinafikan, aktor berdarah campuran Inggeris-Zimbabwe ini miliki daya tarikan yang tersendiri. Tambah lagi, senyuman manis yang membiaskan aura ketampanan­nya. Sebagai pelakon yang meledak naik hanya menerusi lapan episod, mage telah menjayakan karakterny­a dengan mengimbang­i energi pewira nan elegan. Didorong sama gayanya yang terbias bersahaja dan keterampil­an diri yang segar bagi memerankan komitmenny­a sebagai Ambassador of blegance, Longines.

WHAT MOVES YOU, MAKES YOU Montblanc telah mengikat pertalian bersama aktor asal Ireland, Cillian Murphy menerusi kempen terkini ‘Mark Makers’ yang memuja Koleksi rltraBlack Montblanc. Murphy yang membintang­i siri hit BBC, meaky Blinders sebagai Thomas Shelby; terkenal dengan stailnya yang razorsharp. Dan ternyata, jejaka ini dikenali sebagai gangster Birmingham. Murphy disertai bersama DJ antarabang­sa meggy dou dan pelakon, penyanyi dan penulis Chen Kun; memegang prinsip serta penceritaa­n ideal Montblanc yakni “that Moves vou, Makes vou.” Kempen tahun lalu menampilka­n visionary seperti

Spike Lee dan pelakon Taron bgerton. Bintang Ireland ini berkongsi aspirasiny­a di dalam mengolah sinar kecemerlan­gan kerjayanya.

ICON OF COOL Tidak hanya membentang­kan generasi jam tangan Carrera yang terkini, TAd Heuer turut memperkena­lkan ambasador terbarunya; Ryan dosling. Bintang Hollywood ini terkenal menerusi lakonannya dalam filem The Notebook, La La Land dan Drive. dosling sebelum ini tidak pernah bekerjasam­a dengan mana-mana jenama, atau juga sebagai jurucakap produk. Sehingga lah pada malam acara tertutup yang mengambil lokasi di vila privet Beverly Hill. TAd Heuer memperkena­lkan dosling sebagai ambasador terbarunya. Menerusi kempen pertamanya untuk koleksi Carrera Three Hands dengan mengolah semula karakterny­a menerusi nada filem Drive pada tahun 2011; yang mana melonjak kerjayanya dalam dunia lakonan.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia