GLAM (Malaysia)

Legasi GERALD GENTA

Dari Nautilus sehingga Royal Oak, Genta juga mengolah semula susuk rekaan Pasha de Cartier yang membiaskan gaya moden. Karya ciptaannya kekal hidup sehingga ke hari ini. Terbaru menerusi minggu arloji Watches and Wonders 2021 yang tampil berwajah baru.

-

Gérald Genta sudah meninggalk­an kita pada tahun 2011 kala usia 80 tahun; legasinya terus kekal hidup menerusi setiap karya ciptaannya. Mungkin ada yang tidak mengenali namanya. Namun yang pasti, anda pasti tahu jam tangan yang direka olehnya. Dari Nautilus sehingga Ingenieur dan Royal Oak. Genta juga mengolah semula susuk rekaan Pasha de Cartier yang bersentuh nada moden pada tahun 1985. Lihat tiga ciptaan ikoniknya yang diberi sentuhan terkini sempena minggu arloji Watches and Wonders 2021 April lalu.

AUDEMARS PIGUET Selama berminggum­inggu, sebelum bermulanya minggu arloji Watches & Wonders 2021; Audemars Piguet mengegarka­n komuniti horologi dengan kolaborasi­nya bersama Marvel. Jelas sekali ini bukanlah kali pertama rumah arloji mewah menyuntik nadi budaya pop ke dalam karya penciptaan­nya. Akhirnya, Audemars Piguet x Marvel tampil memeluk nadi tanah Wakanda menerusi acara secara virtual yang dihoskan Kevin Hart. Juga menampilka­n tetamu undangan termasuk LeBron James dan Serena

Williams.

Arloji signaturny­a Royal Oak diolah dengan perincian bertemakan karakter Black Panther dilengkapi komplikasi Flying Tourbillon. Dipadukan dengan ‘Vibranium’; Audemars Piguet ‘Black Panther’ hadir dalam casing 42 mm. Konstruksi kukuhnya dilapisi sandblaste­d titanium, dilengkapi bezel dan crown seramik hitam. Dailnya pula menampilka­n sosok Black Panther dalam posisi bertinggun­g yang diukir rumit dan potongan teknik laser cut.

PATEK PHILIPPE Keriuhan yang menyelubun­gi karya Nautilus dari Patek Philippe barangkali tidak akan pernah luluh. Sekalipun sudah tampil dalam pelbagai versi serta rinciannya. Walau bagaimanap­un, rumah arloji ini tampil menarik perhatian para pemujanya tahun ini dengan penghentia­n produksi Ref. 5711-1A-010; namun digantikan dengan model baru Ref. 5711/1A014. Arloji ikonik ini kini diperlihat­kan dengan laman dail gaya sunburst rona hijau zaitun.

Turut memaparkan versi dengan dail yang sama, namun dihiasi dengan bezel bertatahka­n berlian potongan baguette, Ref. 5711/1300001. Patek turut sama mempertont­onkan barisan terbaru Travel Time Chronograp­h 5990/1R-001 dalam emas merah.

CARTIER Kini, Cartier ‘Pasha’ beats to its own rhythm. Himpunan Pasha berkembang dengan sejumlah karya terbaru. Termasuk kronograf

41mm dalam emas kuning 18 karat dan keluli tahan karat. Kesinambun­gan reka bentuk Pasha adalah menerusi balik kaca paparan hadapan dan pusatnya. Juga rekaan crown bertatahka­n batu permata serta ciptaan cuping khususnya. Seperti himpunan Pasha yang dilancarka­n tahun lalu, tali gelangnya kini diperbaiki dengan sistem Cartier QuickSwitc­h dan EasyLink.

TENTANG CINTA

Tiffany & Co. berkolaboa­ri bersama pasangan hebat, Beyoncé dan JAv-w dalam kempen terbarunya yang meraikan cinta moden. Sinonim dengan kisah cinta paling hebat di dunia sejak tahun 1837, debut Tiffany bagi ‘ABOrT LOsb’ menandakan evolusi terkini tentang hala tuju kreatif baru buat tukang jauhari teragung ini. “Cinta adalah berlian yang menghiasi barang kemas dan seni.” — The Carters. ‘ABOrT LOsb’ ialah tentang penerokaan hubungan dan keakraban pasangan. Kisah cinta Carters tersebut diterangi oleh Tiffany Diamond yang ikonik dan berlatarbe­lakangkan bquals mi (1982) oleh Jean-Michel Basquiat.

MONOGRAF MEWAH MAGNIFICA

Dibentangk­an pada Jun lalu di Milan, himpunan merhiasan Termewah Bvlgari Magnifica mendakap keberanian, ketahanan, dan bakat para wanita. Dalam monograf terbitan Rizzoli ini, paparan dramatis serta teks yang terkait meraikan butiran permata yang menakjubka­n, inspirasi para muse serta air tangan artisan di teras ekosistem Magnifica nan spektakule­r. Monograf Bvlgari Magnifica bakal bersusun di rak mulai 16 kovember di semua kedai buku Rizzoli di seluruh dunia juga tersedia dalam talian di Amazon.

TAMAN FANTASI INTAN PERMATA

Sejak didirikan pada tahun 1906, san Cleef & Arpels telah mengolahka­n kreasi dari alam semula jadi sebagai sumber inspirasi sehingga ke hari ini. Flora memberikan daya hidup dan puisi ke dalam setiap ciptaannya. Tambah lagi, dibikin dari material berharga lalu mencermink­an metamorfos­is dunia yang tidak berkesudah­an. san Cleef & Arpels membentang­kan taman fantasi yang mengapungk­an dramatis intan berlian di maris dari September lalu sehingga 14 kovember ini. bkshibisi dinamai Florae ini membias magis flora nan psikedelik dengan menghimpun­kan karya jauhari termewah, di samping fotografi yang mengagumka­n kreasi Mika kinagawa.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? gambar TIFFANY & CO., BVLGARI & VAN CLEEF & ARPELS
gambar TIFFANY & CO., BVLGARI & VAN CLEEF & ARPELS
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia