GLAM (Malaysia)

WHULANDARY HERMAN

BEKAS MISS UNIVERSE INDONESIA 2013, AHLI PERNIAGAAN

-

Pertama kali anda menjejak kaki di pentas minggu fesyen? Sekitar tahun 2009 untuk Minggu Fesyen Bali. Teringat kembali momen istimewa saat berada di sana. Apakah trend kecantikan yang

anda gemari masa kini? Saya bukanlah mengikuti perkembang­an trend kecantikan, tetapi saya lebih cenderung untuk mengetahui rahsia penjagaan wajah, tubuh badan. Sejak bergelar seorang ibu, masa untuk saya manjakan diri agak terhad. Tetapi jika ada masa, rutin penjagaan kulit wajah dan badan akan diutamakan. Apakah nasihat ringkas anda kepada masyarakat setelah mereka menghadapi kesukaran kala berada di musim pandemik?

Saya percaya ramai di antara kita telahpun melalui waktu kesukaran di musim pandemik. Namun, janganlah anda khuatir atau menganggap satu pengakhira­n kehidupan.

Positifkan diri dan anggap ia satu cabaran baru yang kita bersama hadapi dan paling penting adalah kita bersama bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan walaupun secara new-norma. Apakah perkara paling sukar bergelar sebagai seorang ibu dan paling bermakna untuk anda?

To get my sweet times just for 5 minutes! Atau memegang telefon bimbit dan membuat aktiviti sendiri. Masanya agak terhad untuk saya namun disebalik kesukaran ini bergelar sebagai seorang ibu mengajar saya untuk menjadi lebih sabar dan mengubah persepsi melalui pandangan saya, malah sekarang ini saya banyak belajar erti bahagia melalui perihal yang sederhana. Jika anda diberi peluang untuk mengembara di mana sahaja, Di manakah negara yang ingin anda lawati? Kembali semula ke Cairo, Mesir.

 ?? ?? BLAZER DAN CELANA MERAH JAMBU, MSGM. LEGASI TERBARU JAM PIAGET POLO DATE WATCH 36 MM DAN LENGKAP BERSAMA HIASAN KONTEMPORA­RI CINCIN EMAS PUTIH 18 KARAT DAN EMAS MERAH 18 KARAT, PIAGET POSSESSION RING.
BLAZER DAN CELANA MERAH JAMBU, MSGM. LEGASI TERBARU JAM PIAGET POLO DATE WATCH 36 MM DAN LENGKAP BERSAMA HIASAN KONTEMPORA­RI CINCIN EMAS PUTIH 18 KARAT DAN EMAS MERAH 18 KARAT, PIAGET POSSESSION RING.
 ?? ?? JAKET KASUAL BERONA UNGU DAN CELANA SUKAN KAPAS VERONA PUIT, BRUNELLO CUCINELLI. KEITH FOO MENGENAKAN PIAGET POLO WATCH YANG BERILHAMKA­N KRONOGRAF DALAM MENYERLAHK­AN EKSPRESI TENANG DAN ELEGAN.
JAKET KASUAL BERONA UNGU DAN CELANA SUKAN KAPAS VERONA PUIT, BRUNELLO CUCINELLI. KEITH FOO MENGENAKAN PIAGET POLO WATCH YANG BERILHAMKA­N KRONOGRAF DALAM MENYERLAHK­AN EKSPRESI TENANG DAN ELEGAN.
 ?? ?? JAKET NILON BERWARNA PUTIH DAN CELANA BEIGE, BRUNELLO CUCINELLI. JAM TANGAN PIAGET POLO DATE MEWAH BERTATAHKA­N 60 BUTIR BERLIAN POTONGAN BRILLIANT SERLAHKAN ENERGI FEMININ.
JAKET NILON BERWARNA PUTIH DAN CELANA BEIGE, BRUNELLO CUCINELLI. JAM TANGAN PIAGET POLO DATE MEWAH BERTATAHKA­N 60 BUTIR BERLIAN POTONGAN BRILLIANT SERLAHKAN ENERGI FEMININ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia