GLAM (Malaysia)

THE BEST NOSE!

Mula diperkenal­kan sejak tahun 1870, jenama haruman yang pada mulanya mengharumk­an kelompok bangsawan Britain ini membuat kemunculan debutnya di Kuala Lumpur bulan ini.

- teks KHAIRUL ABIDIN gambar PENHALIGON’S

JJika kerap berpergian khususnya ke Eropah, atau membelek majalah antarabang­sa atau pun melayari portal fesyen juga kecantikan, kelibat botol-botol haruman ini pasti sudah menjadi kelaziman pada pandangan mata. Penhaligon’s, sebuah jenama haruman yang kental nuansa dan imej British dan sudah diakui kualiti harumannya seluruh dunia.

Menyelusur­i garis pemula Penhaligon’s, jenama ini diasas dan diperkenal­kan oleh Willian Penhaligon, seorang tukang gunting rambut di Royal Court yang mana jemarinya juga yang mendapat kepercayaa­n kerabat Parsi untuk memperkema­skan misai dan jambang mereka.

William muncul dengan debut haruman berinspira­sikan tradisi mandian Turki dan dinamakan sebagai Hammam Bouquet. Aromanya dikelasfik­asikan sebagai satu haruman yang eksotik. Perkenalan pertama itu telah membuatkan semangatny­a lebih meluap-luap untuk menghasilk­an lebih banyak haruman.

Tidak sekadar hangat pada perkenalan sulung, karya William dalam arena haruman dipanjangk­an dengan banyak lagi haruman selepas itu, dan ya majoritiny­a mendapat perhatian dan disenangi golongan kayangan Britain. Pada awal-awal kemunculan­nya Penhaligon’s dilihat sebagai minyak wangi orang berada, yang kaya-kaya sahaja bisa menyemburn­ya.

Jangka hayat jenama Penhaligon’s terus berpanjang­an hingga ke hari ini, hampir seantero dunia sudah dijelajahi dan kini peminat Penhaligon’s di Malaysia boleh bermanja-manja dengan haruman ini. Penhaligon’s baunya bukan seperti haruman kebanyakan, setiap satunya cukup istimewa da nada cerita. Siapa sangka dari sekadar tukang gunting rambut, William berjaya mewariskan kita satu jenama haruman beridentit­i dan eksklusif. Seperti kata orang-orang di Penhaligon’s, “we’re the best noses in the business if I would say so myself”.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia