GLAM (Malaysia)

UTAMAKAN KESEJAHTER­AAN DIRI

-

Beberapa hari sebelum tahun 2022 menjelma, saya aturkan beberapa makan malam bersama keluarga dan sahabat. Setiap malam saya keluar sehingga detik 31 Disember bertukar 1 Januari 2022. Alasannya, tidak mahu lagi hanya duduk di rumah. Mahu keluar menikmati kehidupan lebih bersemanga­t. Bersiap cantik setiap malam, khas buat acara makan bersama orang paling saya sayangi. Salah satu makan malam itu, ada sahabat bertanya kami semua tentang resolusi 2022. Lantas saya menjawab, adakah menanam azam itu masih relevan sekarang? Dengan dunia yang makin cepat, mungkin resolusi kita akan berubah sepantas kilat.

Pertanyaan itu disambut senyap! Lantas saya pula membuka soalan “Satu perkataan yang bakal menggambar­kan tahun 2022 kamu?” Semua terdiam seketika. Mencari satu perkataan yang menjadi tunjang utama 2022. Ia tidak mudah seperti membina ayat azam kamu. Tetapi saya lebih percaya dengan hanya bergantung pada satu perkataan itu, mampu membawa kamu ke hadapan dengan lebih sempurna. “Komuniti!” saya jawab jujur di hadapan semua. Kerana tahun 2022, saya mahu membina komuniti yang lebih sempurna. Juga mahu lebih proaktif dengan komuniti sekitar agar tidak kekok bersama mereka. Kekuatan komuniti itu amat penting kerana saya melihat ia sebagai guru buat diri sebenarnya.

Membuka isu 2022, GLAM cukup berbesar hati dapat merakam the golden voice; Misha Omar. Lama benar saya secara peribadi menanti momen ini untuk melihat Misha di kulit majalah GLAM. Akhirnya tercapai jua! Lebih manis lagi apabila GLAM dapat merakam gambar dengannya ketika dia baharu menginjak umur 40 tahun. Saya nampak kematangan­nya dalam setiap aturan langkah. Bicara Misha juga lembut, tidak meletakkan langsung dirinya tinggi. Sambil-sambil bergambar ada selitan nasihat dia berkongsi, “Kak Mitch tak mampu nak menipu jadi orang lain, kita kena jujur dengan diri sendiri.” Ternyata dia memegang setiap kata-kata itu.

Naskah Januari/Februari ini juga terkumpul penulisan berkaitan dengan kesejahter­aan diri. Mencintai diri sendiri itu bukanlah satu trend semasa. Ia wajar menjadi topik paling relevan sehingga bila-bila. Ambil masa untuk mencari diri, kenal diri dan percaya pada kuasa dirimu. Apabila semua ini sudah lengkap, saya pasti kita semua boleh menikmati kehidupan yang lebih positif. Sudah tiba masanya kehidupan kita tidak perlu lagi tunduk masa permintaan sekeliling yang merosakkan minda. Jika tahu energi orang lain tidak bagus buat dirimu, angkat kaki dan tinggalkan mereka. Percayalah, mencari kesempurna­an itu mungkin tidak pasti kita ketemu. Tetapi tatkala anda sudah dapat tahu bagaimana bezakan yang baik dan sebaliknya buat energi kamu, itu sudah memadai. Usai membawa isu ini, saya mahu semua pembaca GLAM untuk merenung seketika dan mencari satu perkataan yang menjadi tunjang utama tahun 2022! What is your ultimate word?

 ?? ??
 ?? ?? PENGARAH KREATIF
PENGARAH KREATIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia