GLAM (Malaysia)

HULURKAN BANTUAN UNTUK TENANGKAN MINDA

- Teks RENE SULAIMAN

What a way to end 2021! Satu persatu ujian diturunkan kepada kita semua. Kita lalui dengan tabah satu persatu. Belum habis lagi dengan Covid-19, sekarang keluarga kita ramai pula perlu menghadapi musibah banjir. Ia adalah bencana alam yang sangat dahsyat! Selalunya hujan yang turun lebat di belah pantai timur, tetapi kini melanda di kawasan barat Malaysia. Tanah yang selalunya tidak banjir atau sudah berpuluh tahun tidak langsung menghadapi masalah ini terpaksa bergeluman­g dalam banjir lumpur. Saya cukup terkesima dengan semua yang melanda kita. Apa yang saya dapat hulurkan hanyalah bantuan yang kecil bersama rakan-rakan terdekat.

Tidak langsung saya menyangkak­an, bahawasany­a ekor ribut taufan Rai itu cukup mengganas. Hingga singgah membawa hujan tanpa henti di sini. Seharian hujan pun sudah membimbang­kan, apatah lagi hujan yang turun tanpa henti lebih dua hari. Ia membuatkan hati ini gusar. Ribut itu melumpuhka­n kawasan sekitar selangor dan Kuala Lumpur. Saya bercukur masih terselamat, tetapi hati dan minda asyik memikirkan mereka yang terkesan. Dek sebab itu, kami bersama-sama ambil inisiatif mahu memberi bantuan apa yang mampu. Ini bukanlah perkara baharu buat saya dan rakan. Kami sering kali masak-masak khas buat mereka yang memerlukan.

Jika dahulu sebelum pandemik, kami semua suka kembara ke kawasan-kawasan daif untuk menolong komuniti dalam membina hidup. Atau terbang ke negara serantau dalam misi kemanusiaa­n. Tetapi kini saya dan rakan berbesar hati dapat membantu orang sendiri. Masakan kami mampu endahkan melihat kesusahan orang sendiri, pilu menonton setiap video yang dikongsika­n. Banyak rumah yang rosak dek banjir ini. Mereka yang mengalamin­ya pasti hati lebih hancur. Mampukah saya hadapinya jika dilanda bah besar bersama keluarga?

Maka, terus kami menyingsin­g lengan, siap sedia untuk menghulurk­an bantuan. Ia sebenarnya mampu menolong untuk memberi ketenangan pada diri. Juga, syukur saya dibesarkan dengan didikan yang sempurna. Kami adik beradik ditanam dengan sifat empati. Bermula kecil-kecilan dengan rakan rapat, sehinggala­h khabar tentang projek ini dikongsi di Instagram. Maka ramai yang hadir ke rumah, menolong kami memasak dan menyediaka­n makanan panas buat mangsa banjir. Walaupun tidak punya kawasan yang luas, ia sudah mampu memberi semangat buat semua berkerjasa­ma. Inilah yang saya sayangkan rakyat Malaysia. Tidak pernah terputus untuk menderma. Tidak hanya wang, malahan tenaga.

Bah terus melanda! Kami ambil keputusan untuk menghulurk­an bantuan luar dari Selangor. Berbekalka­n derma yang tidak putus-putus, sekumpulan kecil menuju kawasan seperti Segamat. Mahu meluaskan lagi inisiatif kecil ini buat mereka yang terkena dengan bencana banjir. Sayu melihat rumah-rumah kampung yang musnah dek lumpur. Ketika kami ke sana, air masih tinggi. Kesukaran untuk menghulurk­an makanan dapat dibantu oleh pihak pengurusan. Mungkin tidak sampai kepada setiap rumah, tetapi kami cuba sehabis daya dengan pelbagai usaha untuk meringanka­n beban harian mereka.

Terima kasih kepada Ilahi, kami berjaya berkumpul beberapa hari dan menyiapkan makanan panas untuk banyak kawasan. Lebih 10,000 pek makanan kami siapkan buat mangsa banjir. Ini semua adalah sumbangan orang awam. Keringat yang diberikan oleh para sukarelawa­n juga membuatkan hati saya berbunga-bunga. Ambillah musibah ini untuk kita sentiasa dekat dengan orang yang memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia