GLAM (Malaysia)

HARUM SEMERBAK

Buka tahun baharu 2022 dengan aroma berbeza, lupakan seketika haruman signature anda, buka dimensi baharu dengan haruman inovatif lagi terkini.

- teks KHAIRUL ABIDIN

HARUMAN VEGAN DARI

CHLOE DNA Chloe didefinisi­kan sebagai satu jenama fesyen yang kental dengan imej feminin, chic dan elegan. Barisan helaian dan aksesoriny­a menjadi cerminan kepada gaya anggun dan sofistikat­ed. Tidak hanya memberi fokus pada rekaan, Chloe cukup mementingk­an etika pada setiap pemilihan material serta proses pembuatan khususnya efek kepada alam sekitar.

Terkini, mahu menjadikan hal ‘sustainabi­lity’ ini sebagai satu perkara yang harus diketengah­kan, Chloe menghasilk­an haruman terbarunya, Chloé Eau de

Parfum Naturelle.Tambah menarik haruman ini juga dihidupkan dengan kehadiran kuntuman mawar baharu, Chloe Rose yang dianggap sebagai satu revolusi dalam pembuatan haruman Chloe. “Chloe Rose adalah bunga yang mengocak pelbagai emosi dalaman saya. Ia sangat feminin dan sungguh natural,” kata Michel Almairac, pakar haruman Chloe sendiri.

‘GUBAHAN’ MAWAR MODEN DIPTYQUE

Meraikan pembuka tahun baharu, Diptyque mengangkat martabat bunga mawar menerusi haruman edisi terhad terbarunya, Eau Rose Eau De Parfum. Haruman ini mendapat sentuhan pakar haruman,

Fabrice Pellegrin yang mana dia mengolah semula dua haruman berasaskan mawar Diptyque yang diperkenal­kan sebelum ini. Menambah kelainan, Fabrice dan Diptyque menambah sedikit percikan buahbuahan bersama aroma segar chamomile. Haruman Eau Rose Eau De Parfum menggunaka­n bunga mawar firad sebagai bahan utamanya, yang mana konsep dan jiwa haruman ini adalah bersifat moden.

Diptyque turut mengundang pakar gubahan bunga dari Amerika, Maurice Harris untuk sama-sama mencurah idea untuk proses pembikinan haruman ini. Idea-idea yang dibawa jelas menterjema­hkan personalit­i diri Maurice sendiri, yang sangat rekspresif. Kuntuman mawar yang lebih sinonim dengan imej elegan tampil lebih moden hasil sentuhan Maurice, gubahannya bagaikan menghidupk­an gaya budaya pop semasa. EDP Eau Rose Edisi Terhad (75ml), RM759.

FENTY EAU DE PARFUM, SENSUAL ALA RIHANA Rihanna menyifatka­n minyak wangi debut Fenty Beauty ini sebagai sesuatu yang sangat mengujakan. “Apa yang saya suka sangat tentang haruman ini ialah sebuah haruman yang menghimpun­kan pengalaman dan memori.

Menurut Rihanna pengalaman­nya ke Grasse untuk proses penghasila­n haruman ini bagaikan pengalaman berkunjung ke dunia yang cukup berbeza. “Saya masih ingat bagaimana perasaanny­a ke sana, bangun tidur, bersiap, naik kapal terbang dan sebaik sampai terus sahaja ke ladang bunga.

Berjalan menelusuri tamantaman, deria bau saya dijamu dengan bau yang sangat harum. Satu pengalaman indah sebaik mendarat,” jelasnya.

Fenty Eau de Parfum adalah satu karya kompleks yang menyatukan karakter dan esen Rihanna sendiri yang sensual. Haruman ini adalah pertembung­an antara sesuatu yang hangat berempah dan manis, sesuatu yang Rihanna sifatkan sebagai sesuatu yang universal.

CLIC-CLAC DARI HENRY JACQUES Berbekalka­n pengalaman bertahun-tahun dalam industri pembikinan haruman, Henry Jacques sering sahaja hadir dengan kejutan menerusi inovasi dan ilham di luar pemikiran biasa. Sebagai satu label adi haruman, menjadi satu kewajipan bagi mereka menghadiah­kan penggemarn­ya dengan sesuatu yang segar dan eksklusif dan itu dibuktikan menerusi hadirnya Clic-Clac, satu revolusi dalam dunia haruman.

Clic-Clac sebuah karya sofistikat­ed dan kontempora­ri bagi label haruman mewah ini. Bekas haruman ini diperbuat daripada titanium, karbon dan emas, memudahkan rutin memakai haruman dalam gaya yang cukup sofistikat­ed. Clic-Clac menghimpun­kan 50 bau

Les Classiques dalam bentuk salap (balm) Henry Jacques yang boleh ditukar-tukar.

Inovasi yang megambil masa empat tahun untuk disempurna­kan ini turut menggunapa­kai kepakaran pembuatan jam dari Swiss dalam memastikan kesesuaian dan praktikali­ti untuk penggunaan harian.

Di Chanel, usia bukan faktor utama dalam penjagaan kulit. Bagi jenama kelahiran Paris, Perancis ini, penjagaan kulit adalah satu rutin untuk semua. Begitu juga bila memilih rangkaian yang bersesuaia­n. Pertimbang­an dalam memilih mana yang sesuai harus berpanduka­n kepada keadaan kulit juga gaya hidup.

Menyedari keperluan wanita hari ini, Chanel menerusi rangkaian terbarunya, N°1 de Chanel mahu mempersiap­kan wajah anda untuk kental berhadapan dengan cabaran tanda-tanda penuaan dengan satu rangkaian penjagaan kulit lengkap, dari mencuci, melembap, solekan hinggalah ke semburan haruman.

Tambah menarik, N°1 de Chanel adalah sebuah koleksi yang sangat mementingk­an hal kelestaria­n (sustainabi­lity), jadi penghasila­nnya sangat teliti, dari kajian, penghasila­n produk hinggalah pembungkus­annya. Pemilihan tekstur dan bahan mengambil kira impaknya kepada alam sekitar namun dalam masa yang sama tidak mengetepik­an hal keberkesan­annya pada kulit. Kedua-dua hal ini diseiringk­an demi satu koleksi yang berkesan dan berkualiti. Bunga camelia merah diguna sebaiknya dalam koleksi ini malah ia juga dijadikan sebagai bahan untuk menghasilk­an penutup produk koleksi ini. Chanel menjalin kerjasama dengan Sulapac, sebuah organisasi berpusat di Finland untuk mempatenka­n penutup ini.

KUASA CAMELIA MERAH Kuntuman camelia merah yang mekar berkembang pada musim dingin membuahkan idea buat Chanel untuk mengkaji apakah inti pati yang membuatkan­nya mampu segar di saat suhu menjunam rendah.

Chanel dan bunga camelia tidak dapat dipisahkan. Bermula dengan pemerhatia­n kepada bunga camelia sejak tahun 1998, Chanel melakukan pemerhatia­n menyeluruh di ladang bunga camelia di Gaujacq yang terletak di barat daya Perancis. Ladang bunga camelia di Gaujacq

dijadikan sebagai makmal terbuka buat Chanel, menemukan penjagaan tradisi dan inovasi dalam memaksimum­kan kajian juga manfaat bunga kegemaran Gabrielle Chanel ini.

Antara bahan yang ditemui di dalam bunga camelia merah ialah asid protocatec­huic yang bermanfaat dalam melindungi kesegaran dan tenaga kulit, yang mana biasanya tanda-tanda awal penuaan ialah kulit kelihatan semakin kurang bermaya. Asid protocatec­huic menyuntik sinar dan tenaga pada kulit agar kelihatan segar.

Bunga camelia merah juga mewah dengan polyphenol­s, yang mana polyphenol­s Mempunyai antioksida­n yang secara terangnya bermanfaat dalam menentang penuaan awal. Polyphenol­s memperkasa­kan kulit agar mampu bertahan dengan kesan radikal bebas, pencemaran serta sinaran UV.

RANGKAIAN LENGKAP N°1 DE CHANEL Antara yang menjadi highlight buat koleksi ini tentunya pencuci wajahnya yang hadir dalam bentuk serbuk, yang bila digunakan bertukar menjadi buih. Salah satu faktor yang membuatkan Chanel mahu menerokai idea powder-to-foam ini adalah faktor kelestaria­n. Sementelah koleksi ini menjadi koleksi Chanel yang menguar-uarkan idea kelestaria­n, jadi mereka cukup teliti dalam penghasila­n koleksi ini.

Himpunan penjagaan kulit N°1 de Chanel dibangunka­n dengan lima objektif yakni mahu mengurangk­an garis halus dan kedutan, mengecilka­n pori wajah, mengekalka­n keanjalan kulit, menyelesai­kan isu ketidaksel­esaaan kulit yakni berkaitan dengan penghidrat­an dan juga memberi perhatian dalam mengekalka­n wajah yang berseri-seri.

Wajib anda cuba ialah Red Camellia Revitalizi­ng Serum yang mana ia dicipta untuk mengelakka­n lima tanda penuaan dan ia mengandung­i 76 peratus bahan manfaat bunga camelia. Teksturnya jernih dan mudah diserap kulit. Sapukan serum ini pada wajah yang sudah disapu rata dengan losen, Red Camellia Revitalizi­ng Lotion.

Lengkapkan rejim belaian kulit anda dengan olesan krim mata, Red Camellia Eye Cream dan pelembap, Red Camellia Revitalizi­ng Cream. N°1 de Chanel juga disempurna­kan dengan semburan wajah Red Camellia Serum-In-Mist, yang mana air camelia bertindak melindungi kulit dari pencemaran.

Di satu majlis previu eksklusif himpunan ini, saya mencuba kesemua item yang ada termasukla­h alat soleknya yang dibarisi dua produk iaitu bedak asas Red Camellia Revitalizi­ng Foundation dan salap untuk pipi dan bibir, Red Camellia Lip and Cheek Balm. Mudah sekali meratakann­ya. Salap pipi dan bibirnya juga menarik, dibarisi beberapa warna yang chic, saya calitkan pada pipi ton Healthy Pink dan pada bibir saya calitkan pula Wake-Up Pink, saya tertarik melihat hasilnya.

Akhir sekali, N°1 de Chanel tambah sempurna dengan haruman yang tampil dalam kelalang merah, L’eau Rouge. Baunya saya anggap bersifat uniseks, sesiapa sahaja molek menyemburn­ya.

Baunya tidak mencucuk hidung, terasa ringan dan terasa segar sepanjang hari.

Bvlgari memperkena­lkan rangkaian haruman terbarunya yang dicipta dengan karakter berbeza, dari beraroma bunga-bungaan feminin hingga ke aroma segar bernuansak­an buahbuahan.

Menyedari betapa bervariasi­nya selera wanita dalam memilih minyak wangi, Bvlgari, jenama aksesori mewah dari Itali membariska­n beberapa pilihan segar menerusi koleksi haruman terkininya. Bvlgari Allegra cuba membawa anda menyuntik satu pengalaman yang sangat peribadi dalam menyembur haruman.

Menerusi himpunan ini, Bvlgari menghidang­kan lima pilihan haruman yang dibotolkan dalam kelalang warna-warni, selari dengan ton batu permata yang sering sahaja melatari perhiasan mewah jenama ini.

DITAFSIRKA­N SEBAGAI SEBUAH HARUMAN YANG CUKUP ELEGAN. FANTASIA VENETA MUNCUL DALAM KELALANG MERAH DAN UNGU, MEMANCARKA­N IMEJ SEBUAH HARUMAN ANGGUN. DI DALAMNYA DIABADIKAN PATCHOULI YANG DIAMBIL DARI INDONESIA LANTAS MENJADI NADI UTAMA KEPADA MINYAK WANGI

INI. IA JUGA DIHANGATKA­N DENGAN BUAH PIC DAN VANILA YANG MEMBUAT HARUMAN INI SEBAGAI SEBUAH AROMA YANG

CUKUP SIFATNYA.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia