GLAM (Malaysia)

DIALOG ANTARA BUDAYA

Dibuka pada penghujung 2021, Bulgari Hotel Paris menyulami pengalaman tersendiri dengan hospitalit­i Itali bersama warisan perhiasan kemas Bulgari yang berlatarka­n sejarah agung kota Paris.

-

Berlokasi di Avenue George V di ‘Golden Triangle’ yang menjadi simbol kemewahan dan fesyen ibu negara Perancis di antara Seine dan juga Champs-Élysées. Bulgari Hotel Paris telah membuka pintu mereka pada penghujung tahun 2021 dalam memberikan pengalaman hotel yang tersendiri, disulami hospitalit­i

Itali dan warisan perhiasan kemas Bulgari bersama latar sejarah agung kota Paris. Desain interior hotel menerima sentuhan studio Antonio Citterio Patricia Viel Italian, yang menampilka­n 76 ruang penginapan dan suit, termasukla­h Bulgari Penthouse yang merupakan apartment persendiri­an berkeluasa­n 400 meter persegi. Paling istimewa, ia mempunyai taman atas bumbung dengan panorama monumen ikonik sekitar kota. Rekaan luar hotel pula telah digayakan semula oleh Antonio Citterio Patricia Viel dengan kolaborasi bersama

Valode & Pistre.

Bagaikan dialog antara budaya, Bulgari Hotel Paris menggabung­kan sofistikas­i antara garis dan penghormat­an kepada seni bina Renaissanc­e

Itali. Bermula dengan rekaan dua aras tingkap, façade bangunan melantunka­n identiti grafik baharu untuk menyerupai barisan bangunan nan elegan di Avenue George V. Rekaan dalaman pula mengikuti palet warna dan tekstur yang serupa dengan karakter rangkaian hotel di Milan, London, Dubai, Shanghai dan Beijing iaitu marmar, dinding sutera, granit, tapestri dan ukiran kayu eucalyptus yang melengkapi suasana buat karya seni dan perabut. Dengan giardino persendiri­an pula, restoran hotel mempunyai ruang dalam dan luar, yang diterajui oleh cef Itali berbintang tiga, Niko Romito. Bulgari Hotel Paris juga mempunyai ruangan spa seluas 1,300 meter persegi dengan kolam renang bersaiz Olimpik, studio kecergasan Workshop Gymnasium, Vitality

Pool, Sembilan bilik rawatan spa dan Spa Suite seluas 65 meter persegi.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia