GLAM (Malaysia)

HAPPY 2022!

-

As we head into this year, i’m sure we all want to achieve at least something in our lifetime. Untuk saya tahun ini, semestinya memiliki rumah kediaman impian. Setelah sekian lama mencari, kini saya terpanggil dengan seni reka Urban Modern yang mana ia bermain dengan elemen perabot besar, sleek namun tetap mengekalka­n sisi low-profile. Gabungan stail artistik dan punya ekspresi kreatif menjadikan ia pilihan ideal buat saya dan anda juga yang meminati gaya elegan dan dalam masa yang sama menggemari item vintaj dengan perwatakan tradisiona­l. Ahh, home sweet home!

Empat bulan lalu, saya memberanik­an diri berpindah ke kota metropolit­an KL setelah sekian lama menetap di Selangor. Ternyata bila kita keluar dari kepompong selesa, fikiran dan minda makin lebih terbuka. Saya punya akses dekat dengan Art WeMe Pavillion & Morphosis Artwork buat liburan dan ilmu seni (halaman 78) dan item terapi di rumah yakni essential oils, lilin, kristal dan tumbuhan segar (halaman 72) buat diri nyaman lebih mudah didapati sambil membelek kompilasi kreatif kediaman yang Pengarang Kandungan Digital kami, Muzammin Muzlan kumpulkan!

Ada yang bertanya tiap kali tiba tahun baru, ‘Where do you get your inspiratio­n?’ Mana lagi kalau bukan majalah deko tempatan dan juga antarabang­sa. Saya juga rajin melayari Pinterest dan Instagram sekadar mencari ilham dan motivasi. Masih saya ingat ketika lockdown tahun lalu, banyak masa dibuang checking out pelbagai chic design hotels di serata Malaysia. Satu kepuasan bukan kepalang kala melihat dekorasi dengan keunikan yang tersendiri. Isu ini, Marini Mat Zain ada menemubual Puan Seri Tiara Jacquelina (buat anda yang rindukan kemunculan­nya di GLAM) secara eksklusif menegenai Tiarasa Luxe di halaman 82. It’s a great read!

Dan kerana cintakan keindahan deko, saya terpanggil melihat sendiri keindahan Anantara Desaru Coast Residences. Kediaman yang berharga 7.5 juta ini tentu ada rahsia disebalik ceritanya (halaman 81). Baca lanjut mengenai Barbie Ultimate Staycation di Grand Hyatt Kuala Lumpur di halaman 80 kerana idea dekorasiny­a juga tidak kurang hebat. Bertujuan untuk terus memberi inspirasi dan potensi tanpa had bersama dekorasi comel bermandika­n palet merah jambu ikonik semata-mata mahu meraikan Barbie. So, here’s to a happy and inspiring 2022!

 ?? ??
 ?? PENGARAH KREATIF ??
PENGARAH KREATIF
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia