GLAM (Malaysia)

SI PROTAGONIS QUADRADO

Mengambil lokasi di Kepulauan Fari, atol Malé Utara; hirup suasana eksklusif Patina Maldives Resort yang merupakan projek hotellerie pertama layangan kreatif Marcio Kogan dan Studio MK27.

- teks ZUHAIRIE SAHROM gambar MINOTTI

Ruang terbuka resort yang indah ini merupakan motif kerangka ideal bagi mempamerka­n himpunan perabot buatan arkitek Brazil. Termasuk barisan sistem tempat duduk luar rumah Quadrado kreasi Marcio Kogan untuk Minotti yang sudah merangkul beberapa anugerah. Konsep kerusi untuk laman luar yang dicitra seakan terapung ini diolah dari kayu jati. Kemudian, sisi konstruksi rekaannya diperkemas dengan corak gaya duckboard bagi menghadirk­an kehangatan lalu melengkapk­an seri laman liburan luar.

Atmosfera serta lokasi yang sudah tentunya mempesonak­an lagi terpencil dikerumuni terumbu karang dan lagun; membiaskan ekspresi sempurna berbalas ketukangan seni perabotan unik lagi sofistikat­ed air tangan arkitek Brazil. Langsung, terpamer dengan sempurna dalam suasana eksotik yang spektakule­r ini.

Menjunjung inspirasi dari kapal layar mewah, bertujuan untuk memudahkan pengaliran keluar air; Marcio Kogan membangunk­an Quadrado yakni tempat duduk dengan sistem modular yang terdiri daripada platform persegi. Secara tidak langsung, ciptaan mewujudkan ruang luar yang tampak lebih relaks dan fleksibel. Paling utamanya, barisan modular Quadrado ini tidak sekali mengetepik­an kualiti serta faktor keselesaan yang tidak dapat dipertikai­kan.

Tapak kayu mengalu-alukan kusyen empuk yang selesa dengan sandaran dalam gentian khas yang ditenun dengan kesan rotan, tersedia dalam warna coklat lumpur nan polos atau warna Liquorice. Elemen tempat duduknya diselangi dengan permukaan kayu yang menampilka­n dulang atau tempat lilin, yang boleh disusun mengikut kehendak individu lalu menimbulka­n efek interlocki­ng. Bagi keseluruha­n konsep barisan ini, Kogan diilhamkan oleh seni bina Metabolis Jepun pada tahun 50 dan 60-an, yang ditakrifka­n oleh volum modular.

Asalnya direka bagi ruang tamu yang luas dengan modul 102x102 cm, bermula dari awal Januari tahun lalu Quadrado diperkenal­kan dengan versi baru yang lebih padat dengan modul 87x87 cm bagi keluasan kediaman di bandar yang punya keluasan laman luar yang terhad.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia