HIMPUNAN SENI KONTEMPORARI TEMPATAN
Komited terhadap ketersediaan seni, penglibatan dan pendidikan seni yang menyokong pengaturcaraan yang pelbagai, Wei-Ling Gallery terus memerah usaha dengan membentangkan pameran, ceramah artis dan bengkel inovatif untuk pelbagai peringkat umur bagi memupuk semangat pemuja seni tempatan.
Galeri Wei-Ling diasaskan pada tahun 2002 oleh Lim WeiLing dengan aspirasinya untuk memupuk semangat juga memartabatkan lapangan seni kontemporari tanah air. Galeri utamanya mengambil lokasi di Brickfields, yakni sebuah rumah kedai warisan pra-perang yang musnah dijilat kebakaran pada tahun 2004. Bahagian dalamannya yang unik menampilkan instalasi yang tersendiri rekaan arkitek terkenal Malaysia,
Profesor Jimmy CS Lim. Pada tahun 2011, galeri ini berkembang dengan ruang keduanya dinami Wei-Ling Contemporary, khusus untuk mempamerkan projek khas dan lebih banyak item atau karya seni bernadakan eksperimen. Dengan dua ruang seni ini di kotaraya, Wei-Ling mewujudkan gambarannya sebagai galeri komersial terbesar di Malaysia; selain mempamerkan koleksi terbaik seni moden Asia.
Wei-Ling Gallery sudah menjadi laman seni prominen buat pemuja seni kontemporari tempatan, di mana mempersembahkan karya seni menerusi projek kolaborasi serta projek kontekstual kurator yang pelbagai hasil olahan artis tempatan dan antarabangsa yang diiktiraf secara meluas. Pameran seninya adalah secara percuma dan terbuka kepada umum sebagai ruang untuk imaginasi serta liburan bagi menghayati setiap karya seni yang terpampang pada dinding galeri atau sebaliknya.
Dalam usahanya yang berkelanjutan bagi memupuk minat persada seni kontemporari tempatan, Galeri Wei-Ling juga merupakan salah satu penerbit atau penyiar seni yang paling prolifik di negara ini. Di mana, mereka juga mendakap kepentingan pengarkiban seni; termasuk menyimpan dan mendokumentasikan monograf, buku artis serta katalog pameran yang merupakan antara ciri-ciri kebiasan artis yang sering diabaikan. Antara karya seni yang berhimpun di Galeri Wei
Ling adalahan olahan artist Amin Gulgee, Anurendra Jegadeva, Anida Yoeu Ali, Chen Wei Meng, Cheng Yen Pheng, Cheong
Kiet Cheng, Chin Kong Yee, Choy Chun Wei, Dadang Christanto, Hamidi Hadi, H.H. Lim, Ivan Lam, Rajinder Singh, Roger Ballen, Sean Lean, Wong Chee Meng dan Yau Bee Ling.