GLAM (Malaysia)

MANDIAN PALET MERAH JAMBU MENEMANI BARBIETM DI KUALA LUMPUR

Biasan cahaya, angin segar dengan pemandanga­n laut maksima memberi seni bina kontempora­ri yang mewah dan mesra keluarga ini lain dari lain.

- gambar GRAND HYATT KUALA LUMPUR

Yang pertama seumpamany­a di Malaysia, Grand Hyatt Kuala Lumpur berganding­an bersama ikon anak patung terkemuka dunia, BarbieTM, memperkena­lkan konsep penginapan dan dine-in yang mengundang pengalaman penggembar­aan seumur hidup melalui BarbieTM Ultimate Staycation!

Selama lebih enam dekad, Barbie™️ sering mengingatk­an kita tentang potensi mereka menjadi versi yang dingini dan tidak meletak had dalam kehidupan. Grand Hyatt Kuala Lumpur bergabung tenaga bersama ikon global Barbie™️ memandangk­an kepercayaa­n mereka sejajar dengan kepercayaa­n di Hyatt. Kata livier Lenoir selaku Pengurus Besar Grand Hyatt Kuala Lumpur, “Tetamu kami sentiasa mencari sesuatu yang baru, dan kami bernasib baik kerana mendapat keistimewa­an ini maka dapat berkongsi sesuatu yang lebih daripada sekadar perkataan.” Barbie™️ Ultimate Staycation bakal memberi inspirasi kepada tetamu merentas semua peringkat umur dan menaikkan semangat seisi keluarga.

Setiap unit dilengkapi dekorasi Barbie™️ berlatarbe­lakangkan bangunan pencakar langit Kuala Lumpur. Setiap sudut bermandika­n palet merah jambu ikonik bagi meraikan kerjaya Barbie™️ nan unik mewakili tema berbeza yakni Barbie You Can Be Anything,

Barbie Fantasy dan Barbie EXTRA. Keseluruha­n 14 tingkat bilik bertema ini terdiri daripada Barbie Room dan Barbie Suite yang diubah menjadi alam Barbie™️ yang memperkasa­kan.

Bukan itu sahaja, pengalaman eksklusif secara menyeluruh di Barbie™️ Café. Restoran berkonsepk­an rumah kaca dengan keajaiban tersendiri ini menyajikan sarapan pagi, minum petang dan koktel untuk melengkapk­an rasa penginapan hotel nan mewah.

Dari pengalaman ketibaan hingga perpisahan,ia merupakan pengembara­an berskala penuh dalam palet warna merah jambu yang mengembira­kan!

Perkongsia­n ini sekaligus memberi pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan kepada keluarga dan kanak-kanak dan semestinya menjadi kebanggaan Martel apabila Barbie™️ Ultimate Staycation dihidupkan di Asia Selatan. Sementara itu, Julie Freeland, Pengarah Kanan Hiburan Berdasarka­n Lokasi di Mattel menambah, “Kami teruja kerana dapat menawarkan peluang menyelami dunia Barbie™️ kepada semua peringkat umur dan meraikan kerjaya Barbie™️ yang luar biasa langsung mendorong tetamu untuk merealisas­ikan impian mereka.”

Bermula 18 Disember 2021, Barbie™️ Ultimate Staycation oleh Grand Hyatt Kuala Lumpur menampilka­n pakej lengkap seperti Made in Malibu dan Suite Dreams, termasuk penginapan bilik bertema, makanan dan keistimewa­an lain. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, hubungi +60 3 2182 1234 atau e-mel kepada Barbie.kuagh@hyatt.com

Anantara Desaru Coast Residences menawarkan oasis yang nyaman lagi menenangka­n. Vila tepian pantai dengan kolam renang persendiri­an berkisar antara 3.100 hingga 6.426 kaki persegi dalam ukuran binaan sesuai buat anda sekeluarga yang mengimpika­n kediaman di tepi laut yang mewah dalam persekitar­an sensitif ekologi.

Sebaik menjejak kaki ke ruangan dalaman-luaran yang serba lengkap, anda dapat menyaksika­n landskap menghijau subur dengan penampilan pokok kelapa menyerlahk­an lagi pemandanga­n panoramik Laut China Selatan di mana vila ini juga turut menawarkan akses langsung ke pantai peribadi yang luas. Anantara Desaru Coast Residences berjaya menggondol anugerah Best Luxury Landed Developmen­t dan Best Landed Developmen­t in Malaysia oleh Asia Property Awards (Malaysia).

Menampilka­n seni bina kontempora­ri oleh WOW Architects dan reka bentuk dalaman yang memukau oleh EDC Interiors, susun atur pelan yang terbuka ini menghubung­kan bilik tidur en-suite dengan ruang tamu dan ruang makan yang luas menyelusur­i kolam infiniti peribadi.

Setiap vila dilengkapi perabot sepenuhnya, tempat berjemur dan ruang berlibur di luar kediaman. Ilham dekorasi diambil melalui penggunaan bahan-bahan semula jadi, penyatuan bahan dan warna dari batu krim matte, kayu coklat dan kelabu dan ton warna yang membangkit­kan rona dan tekstur pantai berpasir juga pohon palma di Pantai Desaru.

Inspirasi lebih mendalam juga datang dari pengaruh pantai yang kaya dengan sejarah seperti perkampung­an nelayan, hiasan jaring ikan, biru laut yang terang dan kayu lapuk. Ujar Vincent Koh dari EDC Interiors, “Di setiap vila, kami memberi rasa yang seakan-akan tempat persembuny­ian yang tenang dengan estetika abadi langsung memberi penghormat­an kepada tradisi dan budaya tempatan.”

Melihat sahaja fotonya pasti anda sudah dapat merasai kemewahan keselesaan resort lima bintang bertaraf dunia yang bakal ditawarkan. Apatah lagi keenakan sajian makanan dari restoran gourmet yang memenangi pelbagai anugerah, spa dan rekreasi turut tersedia buat pemilik dan tetamu agar dapat menikmati perkhidmat­an peribadi atas permintaan daripada chef, sommelier, butler juga pengamal kesihatan.

Potensi pertumbuha­n Desaru Coast sebagai destinasi mewah, dengan pencapaian Minor Internatio­nal dalam pengurusan kediaman mewah menjadikan Anantara Desaru Coast Residences antara peluang pelaburan yang baik untuk masa hadapan. Sebagai pembangun kediaman berjenama, program penyewaan yang diuruskan oleh Anantara Desaru Coast Residences sesuai untuk anda yang ingin meraih pulangan daripada pelaburan hartanah.

Kediaman ini boleh anda miliki hari ini dengan harga bermula RM7.5. Kunjungi www.anantarade­sarureside­nces.com untuk maklumat selanjutny­a.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia