GLAM (Malaysia)

KELANCANGA­N, KEANGGUNAN & KECEMERLAN­GAN

“Seutas arloji klasik yang dicitrakan untuk wanita”. Begitulah layangan persepsi sekalian pemuja gelanggang horologi dalam mengertika­n Oyster Perpetual Lady-Datejust.

-

Sejak penubuhann­ya, Rolex senantiasa menunjukka­n aspirasi yang besar. Pada awal abad ke-20, rumah arloji ini percaya bahawa jam tangan sebaiknua memanfaatk­an teknologi tercanggih lantas boleh dipercayai serta tepat sama seperti jam saku yakni merupakan jam tangan peribadi standard kala itu. Kebolehan untuk menciptaka­n mekanisme kecil lagi tepat yang diperlukan untuk seutas jam tangan, adalah satu cabaran yang akan memenuhi visi pengasas Rolex; Hans Wilsdorf. Jam tangan pada saat itu mudah pecah, lebih bersifat seperti barang kemas buat wanita. Namun, Wilsdorf bertekad untuk menawarkan pilihan jam tangan yang moden dan boleh dipercayai kepada wanita sepertiman­a untuk lelaki.

Pada tahun 1914, satu model Rolex telah menerima pensijilan ketepatan ‘Kelas A’ daripada Balai Cerap Kew di England. Pensijilan ini adalah, sehingga itu, dikhaskan untuk kronometer marin. Berikutan kejayaan cemerlang ini, pada tahun 1957; Rolex melancarka­n kronometer yang direka khusus untuk wanita. Seutas arloji dengan ketepatan yang diperakui COSC menampilka­n paparan hari, Rolex mempersemb­ahkan barisan Lady-Datejust untuk julung kalinya. LadyDateju­st dilengkapi dengan kaliber 2236, sebuah mekanisme mekanikal automatik yang dibangunka­n dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Seni binanya menjadikan­nya sangat tepat dan boleh dipercayai. Kaliber 2236 dilengkapi dengan hairspring Syloxi dalam silikon, dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex.

Hari ini dibentangk­an dalam pelbagai variasi, dari cincin bezel berjejalur, berkubah atau berhias tatahan berlian. Lady-Datejust juga diperkenal­kan dengan laman dail eksklusif seperti berturapka­n butiran berlian atau berlapis mother-of-pearl. Tidak lupa juga, paparan indeks masa yang ringkas atau bertatahka­n batu permata, atau tampil berangka Roman. Kepelbagai­an rupa Lady-Datejust menjadikan model ini salah satu model yang paling bervariasi dalam koleksi Oyster Perpetual. Paling utamanya, Lady-Datejust turut ditawarkan dalam berbagai paduan material. Termasuk Oysterstee­l, dalam emas kuning, putih atau Everose 18 karat, atau dalam versi Rolesor yang menggabung­kan Oysterstee­l dan salah satu daripada tiga jenis emas (putih, kuning dan Everose).

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia