GLAM (Malaysia)

WHEN STARS ALIGN…

-

PPernahkah anda mempunyai satu perasaan yang tidak dapat diucapkan? Hanya berharap yang setiap bintang diangkasa tersusun cantik agar mampu memberi ketenangan pada diri. Serta setiap bunga-bunga yang dijaga rapi mampu berkembang mekar lantas indah dipandang mata. Situasi aman ini yang kita mahukan, lepaskan beban di atas bahu itu. Berlari dan terbanglah dengan penuh bebas bersama isu Mac 2022. Ia membingkis­kan tentang kegirangan yang tidak ada penghujung­nya. Setiap manusia diberkati dengan momen bahagia. Lagipun kita hanya hidup sekali sahaja di atas bumi bertuah ini, jalanilah dengan sesempurna yang kamu hendaki. Masa kita juga terhad, jangan berikan fokus kamu pada benda yang remeh.

Musim fesyen baharu kembali mengajar kita tentang trend terkini. Baca laporan runway yang sarat dengan kisah menarik, idea utama para pengarah fesyen dan gaya yang wajar dicuba. GLAM percaya yang trend bukan hanya lahir di pentas peragaan, lalu kami singkap tirai backstage dan mencedok idea kecantikan yang dipertonto­nkan di Minggu Fesyen dari New York hingga ke Paris. Dengan cadangan trend yang GLAM himpunkan, sebagai insan fesyen perlulah lebih bijak memberi filter peribadi. Usahlah meniru setiap trend itu sebulat-bulatnya. Jika semua mengikut trend, maka kita semua akan nampak seperti satu pasukan pekerja kilang dalam uniform yang telah ditetapkan. Jadi beranilah untuk mengubah trend dengan mengikut citarasa sendiri.

Sekali lagi Fyza Kadir menghiasi isu penting GLAM! Sebelum ini kami sunting Fyza buat September Issue, kini peluang dia untuk menjadi wajah utama March Issue pula! Bukan semua orang boleh takluki dua isu penting ini. GLAM memilih personalit­i dengan cukup teliti. Fyza Kadir sudah lama dalam arena media sosial, sebelum dibanjiri dengan wajah semasa sekarang. Dia adalah dikalangan kelompok utama yang memberi fokus dalam membina feed Instagram yang bermutu. Setiap pautan yang dikongsi mempunyai nilai fesyen dan mewah. Bagi meletakkan dirinya berbeza dengan personalit­i media sosial lain, watak elegan dan sofistikat­ed menjadi DNA buat wanita tinggi lampai ini. Berlumba rumah fesyen mahukan Fyza menyarungk­an baju mereka. Dan, hasilnya semua cantik belaka!

Jika kita lihat di Kuala Lumpur, dunia rekaan fesyen mungkin dimonopoli oleh pereka fesyen lelaki. Makanya, buat ruangan Profil saya mahu meraikan pereka feysen wanita yang mereka khas buat wanita. Kami merakam May Tan, empunya buat jenama Maarimaia dan Shaleen Aleena Cheah yang melahirkan label Shaleen Cheah. Masing-masing mempunyai jenama RTW yang cukup berlainan tetapi masih meraikan nilai feminin. Bangga melihat May Tan yang dahulunya mempunyai butik bersaiz kecil di Bangsar Village dan kini berpindah ke butik yang dua kali lebih besar daripada yang lama. Shaleen Cheah pula menjadikan Dubai sebagai lokasi membina jenamanya dan kini kembali ke Kuala Lumpur untuk mengukuhka­n lagi label milikinya.

 ?? ??
 ?? ?? PENGARAH KREATIF
PENGARAH KREATIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia