GLAM (Malaysia)

PERSINGGAH­AN BATON NAN IKONIK

-

Longines merangkap penjaga masa rasmi Sukan Komanwel Birmingham 2022 mengalu-alukan kedatangan Queen’s Baton Relay di ibu kota. Sekali gus, memperkena­lkan HydroConqu­est XXII Commonweal­th Games; jam tangan eksklusif yang terhad kepada 2,022 utas di seluruh dunia.

Longines dengan bangganya menyambut kedatangan Queen’s Baton Relay di ibu kota. Berlatarbe­lakangkan mercu tanda kebanggaan negara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) nan ikonik; larian baton yang bermula pada 7 Oktober 2021 itu merupakan acara simbolik dalam menyemarak­kan detik-detik menjelangn­ya temasya berprestij ini. Dalam pada masa yang sama, ia turut memberi aspirasi buat pelapis generasi akan datang dalam memupuk perpaduan Komanwel yang berbilang pada hari ini.

Menyertai acara istimewa ini, Rakan

Jenama Longines, Alvin Chong hadir bagi menyaksika­n serta meraikan ketibaan Baton di Malaysia. Atlet, Welson Sim pula terpilih untuk menggalas tugas sebagai pembawa baton dan menyampaik­annya kepada atlet seterusnya dalam perjalanan global ini. Queen’s Baton, yang tiba di Malaysia pada 20 Januari 2022, akan meneruskan perjalanan­nya merentasi lebih dari 70 negara dan wilayah Komanwel yang lainnya sebelum berakhir pada acara perasmian Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada 28 Julai ini.

Bagi memperinga­ti ketibaan Queen’s Baton Relay ini,

Longines turut melancarka­n HydroConqu­est XXII Commonweal­th Games; jam tangan eksklusif yang terhad kepada 2,022 utas di seluruh dunia. Sebagai penghormat­an buat temasya beraneka sukan ini, Longines menggarap semula jam tangan edisi eksklusif ini yang memaparkan ukiran logo Birmingham 2022 dengan label ‘Edisi Terhad - 1 daripada 2022’ pada penutup casing di belakang jam. Longines turut menyuntik palet rona yang bertenaga mengimbang­i logo acara pada sisipan bezel seramik hitamnya, serta pada trek minit berlatarka­n laman dail hitam kemasan sunray. Casing keluli berukuran 41 mm pula melindungi pergerakan penggulung­an automatik dilengkapi pegas imbangan silikon bagi memastikan jam beroleh jangka hayat yang lebih lama dan berketepat­an tinggi.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia