GLAM (Malaysia)

SYAHIERA KHAMSAN

-

Beauty Pleasure anda…. Getting pampered of course! Tetapi ia tidak selalu boleh dilaksanak­an. Jadi saya cuba melakukan sesuatu yang membuatkan saya berasa tenang dan gembira. Adakah anda mengikuti perkembang­an trend cantik semasa? Dan ilham sepertiman­a menjadi pilihan? Saya tidaklah mengikuti perkembang­an trend tetapi saya lebih gemar apabila trend itu diolah kembali atau dijadikan inspirasi kepada beauty blogger atau influencer. Kerana bagi saya, ia lebih mudah untuk diikuti. Untuk saya, I do what makes me feel good. Sebaik boleh, saya akan menjaga kulit wajah dengan terbaik. Jika untuk trend, saya akan memilih sesuatu yang ringkas dan optimistik. Filem atau drama bersiri yang mempunyai elemen kecantikan pilihan anda? Jika ramai wanita luar sana terikut trend Euphoria, saya lebih senang dengan The Hunger Games terutama watak utamanya, Katniss Everdeen! Walaupun rambut yang diikat rapi agak kelihatan serabut, tetapi she looks great! Nampak minimalis tetapi cantik. Apakah rutin penjagaan kulit anda?

Sejak bergelar ibu, rutin saya agak singkat berbanding zaman bujang. Semuanya nak cepat! Tetapi, saya akan memastikan tidak akan tinggal rutin asas seperti membersih muka, melembap dan menyegarka­n. Paling penting tidak pernah lupa krim tabir suria, serum dan serum mata.

Tetapi jika datang hari malas, saya akan tinggalkan lapan rutin hanya meminum air secukupnya kerana ia membantu kulit lebih bersinar. Siapakah ikon

cantik anda? Ikon kecantikan saya ialah jurusolek Lisa Eldridge! She believes in less is always more dan kami mempunyai pandangan yang sama apabila ia berkaitan dengan Pembersih Wajah. Memilih produk pembersih tidak semestinya mahal, cukup sekadar tekstur lembut dan berkesan!

 ?? ??
 ?? ?? LANCÔME
LANCÔME

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia