GLAM (Malaysia)

Olfaktori LIBRE LAMBANG KEBEBASAN

Wangian membangkit­kan mood dan kisah istimewa. Aroma hangat disebalik kelembutan bunga-bungaan menyerlahk­an sisi feminin #IAMLIBRE.

- teks JULIA AZMAN gambar SISLEY

Kebebasan yang dimiliki merupakan idaman setiap wanita dalam kehidupan mereka. “Free. That’s the one word that defines Yves Saint Laurent.” Wangian terkini daripada YSL Beaute, perkenalka­n Libre menghembus rasa eksperimen­tal dalam meraikan kebebasan dan gaya keperibadi­an serta menyuntik minda dengan serakan segar dalam mengejar kekuatan diri.

Kehangatan intipati istimewa membawa kepada elemen tradisi yang bergelar ‘Flower of Fire’ pada tahun 1977. Opium salah satu aroma yang melambangk­an abad ke-20. Hanya pilihan bunga-bungaan Yves Saint Laurent cukup berbeza, mencermink­an semangat bebas. Penegasan terbaru menerusi Libre ini ibarat A Sexy Cool Floral yang tercipta bersandark­an wangi bunga. Konsep freestyle Libre yang membawa kepada fougère adalah gender-bending style. Menerusi gabungan ilham duo pakar wangian Anne Flipo dan Carlos Benaim, Libre kunci kepada wangian struktur maskulin dan ultra-feminin. Pati bunga Lavendar dari Provence, Perancis dengan emosi memukau dari Orange Blossom cipta kehangatan.

Nota berani, Vanila dari Madagascar dan klasik ambergris dari Grisalva serlahkan intensiti aroma bunga.

SEMBANG CANTIK BERSAMA ANNE FLIPO & CARLOS BENAIM

1. PENGUNAAN PATI BERKUALITI SEPERTI LAVENDAR, PERANCIS DAN ORANGE BLOSSOM DARI MOROCCAN, ADAKAH IANYA KUNCI RAMUAN UTAMA? KAMI MENCARI SARIPATI UTAMA YANG MAMPU MENZAHIRKA­N EMOSI UNTUK DIEKSPRESI. GABUNGAN DUA ELEMEN PALING KAMI GEMARI KERANA IANYA CUKUP UNIK. SEPERTI CONTOH, HATI BUNGA OREN INI, MEMPUNYAI KONSENTRAS­I YANG CUKUP MEWAH, MALAH MENARIK SEBAGAI GENTIAN KEWANITAAN. 2. APAKAH EMOSI TERLINTAS SETELAH MENGHIDU AROMA ORANGE BLOSSOM? IT WAS MY FIRST OLFACTORY SHOCK. INILAH BUNGA PERTAMA YANG SAYA FOKUS. KETIKA ITU SAYA BERUMUR 15 TAHUN DAN BERKUNJUNG KE RUMAH SAHABAT SAYA YANG SEKITARNYA DIPENUHI DENGAN ORANGERY! SEPERTI TERKENA PAHANAN PETIR, AROMANYA APABILA MENUTUP MATA CUKUP MENUSUK KALBU. SEJAK ITULAH, SAYA SERINGKALI TERCARI-CARI NOTA INI. I WANT TO GO BACK TO AN AGE I NEVER REALLY LEFT, TO BE FIFTEEN AGAIN! 3. PERKARA PERTAMA TERLINTAS DI FIKIRAN APABILA ANDA MENDENGAR, “I’M FREE TO…”? FREE TO CREATE.

Masalah kelemumur sering melanda wanita mahupun lelaki. Terutamany­a yang terdedah dengan pelbagai faktor seperti perubahan iklim, pencemaran alam sekitar atau pemakanan. Sehingga mengakibat­kan anda tidak yakin dengan penampilan dan ini boleh menyumbang kepada tekanan yang tidak dijemput!

Menurut kajian di Sisley, kelemumur adalah rumah kepada kombinasi bakteria baik dan jahat. Tetapi, jika ianya berada dalam keadaan tidak seimbang terutama punca daripada masalah genetik atau luaran seperti membasuh dengan kerap dan terlalu kasar, stress atau tidak peka dengan pemilihan makanan. Boleh mengakibat duo bakteria ini membiak dengan agresif hingga timbul iritasi.

Kini, anda tidak perlulah risau kerana Hair Rituel by

Sisley secara saintifikn­ya bawakan solusi terbaik. Menerusi kombinasi dua produk ini mampu mengimbang­i kembali eko-sistem masalah kelemumur dengan sihat. Soothing Anti-Dandruff Shampoo bersama ekstrak Sage dan Soothing Anti-Dandruff Cure bersama Intense Rebalancin­g Complex.

GLAM gelarkan ia sebagai dua sahabat kerana saling membantu untuk merawat masalah kelemumur secara intensif malah mengimbang­i kembali kesegaran pada kulit kepala. Seperti kebiasaan, ritual menjaga rambut perlulah dibasuh dengan tertib, Soothing Anti-Dandruff Shampoo yang mempunyai kandungan formula aktif seperti Piroctone Olamine dan ekstrak biji Saderi membantu menguatkan kulit kepala sambil mengekalka­n eko-sistem pada kelemumur. Bahan aktif ini juga bergelar “Self-Defense System”.

Gandakan ritual penjagaan rambut anda bersama Soothing Anti-Dandruff Cure. Serum rambut ini membantu mengurangk­an iritasi pada kulit kepala kerana mengandung­i Alpha-Bisabolol. Pertama kali aplikasi, kelemumur akan berkurang sedikit dan ia lebih segar dan menenangka­n. Dan selepas beberapa kali aplikasi, kelemumur terus hilang dan rawatan ini seeloknya berlanjuta­n sehingga tiga bulan atau sehingga betul-betul hilang.

Paling menarik, setelah lengkap ritual ini rambut akan lebih kuat, bersinar dan sihat. Pilihan duo ini juga mempunyai kandungan pro-Vitamin B5 untuk menguatkan serat rambut setiap helaian dari hujung akar rambut hingga hujung rambut. Cara penggunaan cukup mudah, jika rambut anda memerlukan rawatan intensif seeloknya lakukan sebanyak tiga kali setiap minggu untuk tiga minggu berturutan.

 ?? teks JULIA AZMAN gambar YSL BEAUTY ??
teks JULIA AZMAN gambar YSL BEAUTY
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? EUPHORIA GLOW INSPIRASI SOLEKAN SINAR BATU JEMEKI SERLAHKAN ILHAM SOLEKAN MUSIM INI. WAJAH POLOS LEBIH SERI KALA MATA DIRIAS RONA TERANG.
EUPHORIA GLOW INSPIRASI SOLEKAN SINAR BATU JEMEKI SERLAHKAN ILHAM SOLEKAN MUSIM INI. WAJAH POLOS LEBIH SERI KALA MATA DIRIAS RONA TERANG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia