GLAM (Malaysia)

plethora SUMMER

Kebangkita­n selepas bergelut pandemik, pembuka tirai trend solekan musim panas/bunga 2022. Segalanya diberi penegasan dari segi warna, ilham seni mahupun nostalgia.

- pengarang kecantikan JULIA AZMAN arahan seni AMIRUL ARIFIN solekan KF BONG dandanan CKAY LIOW model HANEESYA HANEE gambar AARON LEE/LENSWORK PRODUCTION

DJika tahun lepas, trend dunia kecantikan segalanya berasaskan bersahaja nan minimalis. Agak terbatas untuk mencuba sesuatu di luar kotak. Berbeza dengan tahun ini, seperti kebangkita­n drastik. Banyak trend solekan yang menjadi highlight di setiap rumah fesyen terkenal. Terutama ilham pada bahagian mata, solekan lebih bold, pemilihan warna terang dan kreativiti mula jelas kelihatan. Menurut pakar, kehadiran tahun 2022 cukup tepat dalam memulihkan semangat dan berani. Setiap kota minggu fesyen musim panas/bunga 2022 hadir dengan kejutan tersendiri dan menepati ramalan trend semasa.

GLAM kali ini membariska­n ilham solekan dari trend musim panas/bunga 2022 sebagai inspiratio­n. Kehadiran minggu fesyen kota Milan cukup luar biasa! Bolder than ever ibarat menyerap semangat yang hampir kecundang akibat pandemik. Gabungan pasukan kecantikan seperti jurusolek, jurudandan yang kembali bekerjaker­as seperti industri sudah kembali pulih seperti sediakala. Gabungan team glams ini menangkap mood baharu sempena musim panas/bunga 2022 yakni pilihan warna terang, bertekstur. Seperti yang ditonjolka­n ilham bulu mata tajam berduri di pentas Alberta Ferretti untuk supermodel Gigi Hadid. Pembayang mata terang di pentas Del

Core cetus kelainan. Di pentas fesyen Paris pula menyaksika­n gelombang full force! Dan hampir setiap trend yang ditonjolka­n menjadi ikutan dan inspirasi seluruh dunia. Dari ilham dandanan rambut yang ekstra hinggalah ilham solekan unik menjadi inspirasi tanpa kenal tona kulit, budaya mahupun nilai estetik. Begitu hebat penangan di kota Paris! Seperti ilham jurusolek Peter Philips untuk Dior yang hadir dengan ilham penggaris mata tetapi diolah lebih menarik dan terkini.

Sama juga seperti di minggu fesyen London untuk musim panas/bunga 2022 turut tampilkan ilham yang menarik dan menjadi ikutan. Kebanyakan lebih tertumpu kepada ilham solekan mata yang menjadi nilai estetik utama. Seperti di pentas Paul & Joe, gaya mata asimetrik kembalikan nostalgia. Menurut jurusolek Georgina Graham, untuk Paul & Joe solekan keseluruha­n cukup ringkas dan segar tetapi hanya mata diberi penegasan. Akhirnya, minggu fesyen New York kembali menjengah untuk musim panas/bunga 2022. Pilihan warna multidimen­si cetus warna statement seperti di pentas Rodarte dan Anna Sui.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia