GLAM (Malaysia)

GENERASI A-LISTER BAHARU

- PENGARAH KREATIF

A Siapa A-lister? Bagaimana kita mahu labelkan seseorang itu sebagai A-lister. Kriteria A-lister itu pelbagai, mengikut apa yang kamu sendiri pahami. Semua orang punya definisi A-lister yang tersendiri. Mungkin selebriti A bagi saya sudah mencapai status A-list tetapi tidak buat sahabat. A-lister atau bintang kelas A adalah mereka yang berjaya dalam lapangan yang mereka julang. Jika menjadi penyanyi, bintang itu perlulah mencapai status penyanyi terbaik. Terus menghasilk­an produk-produk lagu yang bermutu. Mampu mencipta fenomena lautan penyokong yang kuat. Berdiri bukan sahaja sebab popular, tetapi punya naskah-naskah lagu yang cukup bagus. Bukan hari ini menyanyi, esok sibuk mahu menjadi pelawak di kaca TV. Satu kerja pun tidak mencapai kepuasan yang maksima. A-lister perlu memperkema­skan kerjaya tunjang mereka, sebelum mencuba nasib menambah resume yang bukanbukan.

Secara peribadi, mungkin sekarang ini bintang yang boleh dikategori­kan sebagai A-lister tidak sampai 10 orang. Bintang-bintang muda bagaikan leka untuk mengukuhka­n kerjaya mereka dalam dunia hiburan. Ambil jalan mudah, sudah popular dengan satu dua filem atau lagu, terus mahu lancarkan produk kecantikan pemutih kulit dan jus detox. Mungkin mereka mahu cepat mendapat kesenangan hidup. Tapi, apabila berbicara tentang kehebatan bakat, seperti sunyi sahaja. Kami mahukan aktres hebat yang lincah di dalam filem dan drama. Juga para pelantun suara yang mampu mengumpulk­an ribuan penonton di stadium. Momen ini bagaikan tinggal sejarah.

Isu ini didedikasi­kan kepada pelopor A-lister masa hadapan. Bintang muda yang paling popular sekarang adalah milik kumpulan muzik Dolla! Melihat pasaran muzik global terutamany­a Korea, kumpulan muzik mudah mencipta fenomena. Lama sudah kita tidak merasa fenomena ini. Dimana sahaja Dolla muncul, pasti ramai anak remaja yang teruja melihat mereka. Sesuai dengan isu Gen Next, Dolla adalah simbol paling sempurna untuk tahun ini. Tidak henti-henti mempromosi­kan lagu mereka yang amat mudah menjadi halwa telinga. Mungkin mereka bukanlah kumpulan muzik wanita yang pertama. Tetapi jika dibandingk­an dengan yang lain atau yang lebih dahulu melancarka­n lagu, hanya Dolla yang benar-benar kukuh dan utuh membina empayar mereka. A New A-lister in the making!

GLAM mahu terus menjadi platform terbaik dalam berkongsi wajah-wajah baharu yang mempunyai potensi besar. Misi kami mahukan pelapis yang meneruskan dunia kreatif ini tidak hanya bergantung pada wajah cantik dan gambar penuh filter semata-mata. Ramai orang baharu yang wajar kita berikan peluang. Mereka ini membawa idea yang lebih segar, tidak takut untuk mengubah definisi glamor sekarang. Buat yang lama pula, janganlah ambil senang dengan status yang dimiliki. Sama-sama melunaskan kerja yang paling baik. Membentuk satu dunia kreatif yang bermutu!

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia