GLAM (Malaysia)

WATAK-WATAK SEKARANG…

- Teks

Apa dah jadi? Mengapa fesyen artis Malaysia semakin ke belakang. Mundur. Are we regressing? Mengapa saya keluarkan ‘statement’ begitu? Kerana sejak kebelakang­an ini apa yang saya perhatikan fesyen artis Malaysia terbatas pada satu jenis sahaja. Stail yang hampir sama dipamerkan oleh artis-artis kita. Pabila satu artis berhijab ini cetuskan gaya tentu, mulalah jadi ikutan dan dijadikan referensi gaya kebanyakan artis yang sealiran. Kalau tidak serupa atau tampil dengan gaya yang ‘clean’ atau dirasakan sederhana, terus rasa tidak menonjol. Kurang keyakinan.

Saya pernah dengar komen-komen artis, yang mana mereka akan rasa rendah diri atau kurang confident kalau tampil ‘biasa’ di acara-acara besar khasnya. Bila melihat artis lain pakai skirt kembang, mulalah rasa tidak senang duduk. Tiada topi besar atas hijab, terasa ‘kosong’ pula.

Bergaya ‘biasa’ atau ringkas, perlulah ada impaknya juga. Mekap tidak terlalu tebal, tidak pakai bulu mata palsu, warna gincu pun natural, serba-serbi sederhanal­ah. Pun begitu, ada kesan gaya yang tersemat disebalikn­ya.

Contohnya, lihat bagaimana tata gaya Emma Stone sewaktu ke pertunjukk­an iouis suitton baru-baru ini? Sangat moden dan ‘mahal’. Pelakon dan model, Ho Yean yang tampil chic, rambut ikat tocang dengan solekan bersih di 2022 SAd Awards, tampak mewah pada seluruh gayanya. Inilah contoh penampilan yang ‘current’ dan membiaskan kemodenan. Saya mahu artis kita jadi seperti mereka.

Ramai artis Malaysia mula suka bergaya sakan tapi kelihatan canggung. Bahu kembang berkepul-kepul, skirt meleret ke belakang, dan penataan ‘costumey’ mula menjadi trend. Sudah-sudahlah ‘look’ yang hendak menampakka­n kelainan, tetapi siluet dan fitting entah ke mana. Jahitan baju yang tidak kemas. Faktor tersebut tidak diambil kira. Asalkan viral.

kak jadi eksentrik tidak salah. Tetapi jika kelihatan seperti badut atau mangsa fesyen baiklah tak perlu. Artis kita dulu-dulu (terutamany­a e r a sebelum media sosial) memang bijak berfesyen. Sarimah Ibrahim, Camelia, even Ziana Zain pun kelihatan anggun dan punya identiti gaya yang tersendiri. Mereka tahu apa yang sesuai dan trik gaya yang betul untuk kelihatan stylish. Bukan asal pakai.

Selebriti ‘watak’ muslimah juga tidak kurang hebatnya mendominas­i. Hijrah gaya diperhatik­an sebagai satu trend atau strategi untuk melariskan produk dan bisnes. Atau mengumpul ‘followers’ tertentu. Ada yang anggap, bila sudah berhijab, lebih banyak pengikut dapat dikumpulka­n.

Ingatkan bila wujudnya media sosial, lebih mudahlah artis kita hendak belajar fesyen. Tetapi tidak. Imej-imej yang salah pula menjadi rujukan. Maka itulah, saya sarankan sangat-sangat. Ada masa terluang tu, rajin-rajin selak majalah. Sebab apa, rujukan gaya dan mekap dalam majalah itu tidak sama dengan apa yang biasa anda lihat di media sosial. Dalam media sosial, solekan yang salah (kebanyakan orangorang biasa) boleh terjadi tiba-tiba set the trend. Habis pipi beroles merah menyala dianggapny­a trendy.

Rajinlah membelek majalah fesyen. Belanja sedikit untuk membeli majalah semula. Atau buat mereka yang di belakang tabir, carilah rujukan atau amati hasil kerja golongan yang lebih mahir dan berpengala­man. Banyak benda baharu boleh dipelajari dan dipraktikk­an.

 ?? ?? SALVATORE FERRAGAMO
GIGI & BELLA HADID UNTUK KEMPEN VERSACE SS22.
BALENCIAGA X AYA NAKAMURA
HOYEON DALAM LOUIS VUITTON
DI 2022 SAG AWARD
MANOLO BLAHNIK X BIRKENSTOC­K
SALVATORE FERRAGAMO GIGI & BELLA HADID UNTUK KEMPEN VERSACE SS22. BALENCIAGA X AYA NAKAMURA HOYEON DALAM LOUIS VUITTON DI 2022 SAG AWARD MANOLO BLAHNIK X BIRKENSTOC­K

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia