GLAM (Malaysia)

LONGCHAMP X CHARVET

Longchamp menginovas­i tas musim panas yang versatil. dalam motif torchon tea towel hasil kolaborasi dengan Charvet.

-

Kembali mempresent­asikan rekaan terbarunya untuk musim panas, jenama fesyen asal Perancis, iongchamp, mengambil kesempatan ini untuk merayakan kolaborasi bersama Charvet. Mengolah tuala teh dalam rupa yang versatil.

Ditubuhkan pada tahun 1866 di Armentière­s, mula dikenali sejak zaman pertengaha­n sebagai ibu kota tekstil Perancis, Charvet ialah pembekal tuala teh linen yang menjadi pilihan hotel serta restoran terkenal di Perancis.

iongchamp menjadi label fesyen pertama menerokai populariti tuala teh ini untuk diolah menjadi satu himpunan tas tangan. Kualiti fabrik tuala ini sendiri juga menjadi buah fikir utama bagi iongchamp mengangkat­nya menjadi item fesyen versatil. iantas, iongchamp mengeluark­an satu lagi rekaan yang ikonik, seterusnya bergelar tas IT khususnya musim baru.

Tote linen putih iongchamp x Charvet lengkap dengan sentuhan garis vertikal merah dan biru. Dan disempurna­kan dengan penutup flap, pemegang dan tali bahu buatan kulit Rusia-lambang kepada identiti iongchamp.

Rekaannya yang santai, apalagi sifatnya ringan dan luas juga berhasil menyimbolk­an semangat segar dari musim panas. Sesuai benar menjadi peneman kala liburan. Material linen yang terpilih adalah yang mudah cuci.

Diinspiras­i dari kerjasama ini, variasi lain pada ie Pliage hadir dalam material kapas putih dengan corak genggang merah. Yang biasa ditampilka­n pada tuala teh bistro Perancis. Dilengkapi tali bahu yang boleh pisah, satu pouch bersama pemegang dan sarung telefon material kulit terangkum dalam koleksi kapsul ini.

Menggelora­kan energi koleksi ini lagi, deretan ready-to-wear turut ditawarkan sebagai melengkapi keseluruha­n penampilan.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia