GLAM (Malaysia)

PENDAMPING WANITA MODEN

-

Dicitrakan pada tahun 1999, Twenty~4 merepresen­tasikan keanggunan feminin nan abadi. Didedikasi­kan buat wanita yang ingin mengimbang­i gaya hidup aktif selari arus kemodenan masa kini. Lantas menjadi pendamping penuh bergaya buat mengisi setiap ruang saat bersama.

Hampir 20 tahun saat kemunculan perdana himpunan arloji Twenty~4® garapan Patek Philippe terus memancarka­n sinar keanggunan femininnya. Dikonstruk­si dalam versi emas merah serta keluli tahan karat yang dihiasi rincian dari berlian, ia adalah pelengkap persalinan yang sempurna. Pesonanya mengimbang­i apa jua persalinan dari bergaya formal atau bernada kasual untuk liburan petang dan malam. Turut, terlihat sempurna melilit pergelanga­n tangan kala menyarungk­an dress saat pemakainya menghadiri majlis Gala.

Bingkisan terkini Twenty~4 Automatic tersedia dalam lima versi. Dua dalam konstruksi keluli dengan rincian bezel bertatahka­n berlian. Kemudian, dua berkemasan material emas merah juga berpunya rincian bezel bertatahka­n berlian dan satunya lagi membias seni ketukangan Haute Joaillerie dalam emas merah yang memaparkan berlian di sekujur tubuhnya. Teknik tetapan permata ‘Dentelle’ yakni gaya renda, menghasilk­an konfiguras­i dua baris batu berlian yang menyerlahk­an sinarnya. Kesemua berlian merupakan gred teratas Wesselton yang dipotong rapi tanpa cela kepada piawaian tukang emas yang paling tepat. Versi keluli dengan bezel set berlian tersedia dengan dail bergaya sunburst biru 7300/1200A atau kelabu 7300/1200A dengan gradasi hitam. Kesemua arloji ini berdegup nadi kaliber 324 S C, yang boleh dilihat menerusi bahagian belakang jam. Jam memaparkan jam, minit dan saat, serta tingkap tarikh dalam apertur kecil pada posisi jam 6. Himpunan Twenty~4® garapan Patek Philippe tersedia menerusi butik The Hour Glass.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia