GLAM (Malaysia)

CONNECTED CALIBRE E4:

Prestasi lebih perkasa, kini tersedia dalam dua saiz.

-

TAG Heuer tampil membentang­kan generasi keempat barisan jam tangan pintarnya yang dikonstruk­si untuk menjulang prestasi sukan yang terbaik berbalas susuk rekaan nan sofistikat­ed. Jenama jam tangan mewah yang bermukim di Swiss ini, telah menjadi perintis buat segmen jam tangan pintar mewah sejak tahun 2015 lagi.

Melancarka­n dua jam tangan baharu, masing-masing mempamerka­n susuk reka bentuk signatur TAG Heuer serta akses kepada ekosistem aktiviti sukan yang senantiasa berkembang. Termasuk aplikasi kesihatan dan pemuka paparan jam yang mkomplikas­i kronograf nan ikonik.

Penambahba­ikan teknikal secara menyeluruh buat generasi baharu Connected ini diteruskan lalu kekal dalam menerajui gelanggang jam tangan pintar mewah. Dicitrakan berselubun­g warisan TAG Heuer yang sekian lama wujud dalam mengimbang­i dunia sukan, model 45mm yang direka semula ini mengusulka­n penampilan sporty. Manakala, model 42mm pula hadir menawarkan susuk rekaan yang lebih langsing; terus membiaskan keanggunan­nya. Kedua-duanya mengambil asas desain Tag Heuer Carera pada case-nya yang terbuat daripada keluli dengan layar OLED yang dilindungi dengan kristal nilam.

Menggunaka­n chip Qualcomm Snapdragon 4100+, yang merupakan prosesor smartwatch terhebat jaminan Tag Heuer; generasi baharu ini dilengkapi dengan prosesor yang lebih cepat didukung platform Wear OS 2. Fitur lainnya meliputi altimeter, akselerome­ter, monitor detak jantung, kompas, dan sensor GPS. Versi terbaru ini turut hadir dengan ketahanan bateri yang bertahan sepanjang hari dengan satu kali pengisian. Pengecasny­a juga didatangka­n dengan konsep baharu secara magnetik terhubung ke smartwatch.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia