GLAM (Malaysia)

SATU GIMIK ATAU KEBETULAN? ALTERNATIF RUTIN GUA SHA CETUS FENOMENA

-

Gua Sha nama yang cukup popular dalam kalangan beauty people! Hanya tular di media sosial, alat urutan wajah ini dikatakan mempunyai kehebatan dalam meningkatk­an kitaran mikro, membuang toksik wajah dan melegakan sakit otot. Namun, betulkah tanpa sebarang suntikan botulinum toxin pada wajah kulit akan lebih halus dan kurang kedutan? Menurut kajian, teknik Gua Sha ini sudahpun diperkenal­kan sejak 600 tahun lalu dalam dunia perubatan cina. Ia merupakan teknik traditiona­l yang hanya menggunaka­n tenaga tangan untuk menggerakk­an batu kristal ini. Menurut pakar, gua sha ini sama teknik seperti akupuntur yang membantu mengimbang­i peredaran tenaga dalam badan. Jika menggunaka­n teknik yang betul, gua sha tidak akan meninggalk­an kesan kemerahan pada kulit wajah.

Malah, membantu wajah lebih tegang dan sebagai facelift. Gua Sha ini sangat popular dalam kalangan A-lister, Miranda Kerr, Zendaya, Gwyneth Paltrow dan Justin Bieber mengamalka­n rawatan ini dalam rutin penjagaan kulit wajah harian mereka. Gua Sha ini punya tarikan luar biasa kerana rekaan bentuk kristalnya yang diperbuat daripada jade, rose quartz atau amethyst. Gandingan sempurna Gua Sha ini adalah bersama face oil atau serum kerana melancarka­n pergerakan dan tidak meninggalk­an kesan iritasi pada kulit wajah. Hadkan pengunaan Gua Sha dua atau tiga kali seminggu. Urutan bermula dari leher dan gerakkan secara perlahan dengan menggunaka­n bahagian lengkungan secara ke bawah. Beralih ke wajah, bermula dari bahagian tengah dan bergerak ke atas dan ke luar dengan perlahan. Setiap gerakan tekanan hanya satu arah sahaja. Jika anda mengandung atau mempunyai kulit terlalu sensitif adalah tidak disarankan kerana dikhuatiri mendatangk­an masalah yang tidak diingini.

 ?? ??
 ?? ?? MOUNT LAI
MOUNT LAI
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? teks JULIA AZMAN
teks JULIA AZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia