GLAM (Malaysia)

KEBEBASAN WANITA

-

Inspirasi kebebasan wanita tanpa kompromi malah lebih bersinar dari sebelumnya mengajak wanita membuka lembaran baharu. Koleksi gincu Dior Addict punya keistimewa­an dan legasi tersendiri. rntuk meraikan kembali kegemilang­an ini

Peter Philips dan Dior bersatu dalam mencipta formulasi terbaru dalam menggungul­i kesan kilauan berpanjang­an dan hanya dihasilkan menerusi intipati semulajadi sebanyak 90 peratus yang juga dilengkapi dengan formula penjagaan bibir. eampir

200 kali percubaan selama dua tahun dilaksanak­an untuk mencari formula tepat dalam mengekalka­n hidrasi selama 24 jam dan efek sinar selama enam jam pemakaian. Antara highlight ramuan terbaru kali ini adalah bunga Jasmine yakni pilihan bunga kegemaran Christian Dior dengan menggunaka­n teknik Jasmine Wax yang mengandung­i fatty acid. Efek ini membantu melembapka­n bibir dan beri kesan keselesaan. Minyak Plum pula sebagai esensi dalam mengekalka­n kelembapan selama 24 jam. Gabungan formula ini cetus pengalaman luar biasa dengan tekstur lightweigh­t.

Sebanyak 40 pilihan palet warna terhasil berdasarka­n ilham klasik dan ciptaan asli iaitu Dior 8 yakni rona merah terang lambang ultra-trendy dan nombor bertuah untuk rumah fesyen Dior. Setiap palet warna ini menonjolka­n keperibadi­an wanita serta personalit­i mereka lebih bersinar jelas.Menurut Peter Philips, “Dengan barisan gincu Dior Addict baharu ini menyasarka­n kecemerlan­gan dalam rekaan, warna dan tahap kilauan. Malah, bingkisann­ya pula terinspira­si daripada pentas peragaan Dior.”This is Dior, addicted to beauty, fashion and shine at its fullest!”

Di sebalik kelongsong mewah lacquer bersama efek black vinyl yang dilengkapi dengan logo Dior adalah memberi penghormat­an kepada Avant-Garde. Malah, keunikan Dior Addict 2022 hadir dengan konsep refill yang membolehka­n anda memilih kelongsong mengikut musim atau koleksi couture yang diilhamkan istimewa. Kempen #SeINEATATT­ITrDE menampilka­n tiga ikon wanita yang berjiwa penuh feminin, ekspresi tersendiri dan hebat dalam dunia masingmasi­ng. Aktres terkenal Anya Taylor-Joy, penyanyi K-Pop terkenal BLACKPINK, Jisoo dan ikon fesyen generasi baharu dan pelukis , Sharon Alexie bangkit dalam personalit­i unik dan menyerlahk­an personalit­i wanita bersinar dan bebas. Kempen ini oleh jurugambar Liz Collins.

 ?? ??
 ?? teks JULIA AZMAN gambar DIOR ??
teks JULIA AZMAN gambar DIOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia